Bingka labu sedap utk minum petang

Bismillahirrahmanirrahim,
bingkaBlabuB2 - Bingka labu sedap utk minum petang

Bingka Labu (loyang 9 x 9 inci)
Oleh : Surianti Ramli

Bahan A
400 gm labu -buang kulit, timbang dan potong kecil
-rebus sehingga empuk, toskan airnya dan lecek halus

Bahan B
2 biji telur (kocok sedikit dgn garfu)
230 ml santan pekat
200 ml air
160 gm susu pekat
100 ml susu cair
120 gm gula pasir
300 gm tepung gandum
2 sudu besar minyak
1/2 sudu kecil garam
-satukan semua dlm mangkuk besar dan kacau sebati, tapis jika masih berketul

Bahan C
Bijan
-untuk tabur di atas bingka,sukatan ikut citarasa sendiri. Jika suka banyak, blh tabur lebih

Cara penyediaan :
1. Sapu loyang dgn sedikit minyak. Panaskan oven pd suhu 160’C selama 10 minit. Masukkan loyang kosong tadi utk dipanaskan bersama.
2. Satukan bahan A dan bahan B. Kacau sebati. Curahkan ke dlm loyang yg kita telah panaskan tadi.
3. Bakar bingka selama 50 minit – 1 jam mengikut oven masing-masing. Selepas 15 minit pembakaran, keluarkan dan tabur bijan pd permukaan bingka. Kemudian sambung semula bakar sehingga masak. (Tips supaya bijan tidak tenggelam)
4. Jika suka berkerak sedikit di permukaan atas, blh sambung pembakaran lagi 5 minit api atas sahaja.
5. Setelah siap bakar, tunggu betul-betul sejuk barulah dipotong (anggaran selepas 3-4 jam)

bingkaBlabuB1 - Bingka labu sedap utk minum petang



Loading...

Tags: #Bingka #Labu #Minum #petang #Sedap

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Bingka labu sedap utk minum petang"