Bilal Bin Rabah R.A : Hamba Pertama Memeluk Islam

Loading...

Azan 1 - Bilal Bin Rabah R.A : Hamba Pertama Memeluk Islam

Bilal bin Rabah r.a. adalah salah seorang drpada sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW yg paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi. Beliau merupakan seorang hamba Habsyi yg dimiliki oleh seorang kafir di Mekah.

Keislamannya telah menimbulkan kemarahan yg tidak terhingga terhadap pemiliknya. Akibatnya, beliau pun diseksa dgn tanpa belas kasihan. Umayyah bin Khalaf, musuh Islam yg terkemuka di kalangan penduduk Mekah, yg memiliki Bilal telah membaringkannya atas pasir yg panas membakar serta meletakkan batu besar di atas dadanya sehingga ia tidak dapat menggerakkan tubuhnya.

Kemudian berkatalah Umayyah kepada Bilal: “Tinggalkanlah agamamu. Kalau tidak matilah kamu dlm kepanasan matahari yg tegak.” Lantas Bilal menjawab dgn berkata: “Ahad!” (Tuhan Yg Esa!), “Ahad!” (Tuhan Yg Esa!).
.
Pada waktu malam, beliau didera dgn cemeti sehingga badannya luka-luka. Pd waktu siang pula, beliau dibaringkan di atas pasir yg panas. Tuannya berharap agar beliau akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka di badannya.

Namun demikian, Bilal masih tetap dgn pendiriannya yg teguh. Umayyah, Abu Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-gilir. Akhirnya Abu Bakar telah menebusnya dan semenjak hari itu, hiduplah dia sbg seorang Muslim yg bebas. Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dgn Nabi Muhammad SAW sehingga Baginda SAW wafat. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Bilal pun meninggalkan Kota Madinah.
.
Pada suatu ketika dia telah melihat Nabi Muhammad SAW di dlm mimpinya. Berkata Nabi Muhammad SAW kepada Bilal: “Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak melawatku?”
.
Sebaik-baik sahaja dia bangun dr tidurnya, dia pun bersiap-siap utk berangkat ke Madinah. Setibanya dia di kota itu, dia telah berjumpa dgn Saidina Hasan r.a. dan Saidina Hussain r.a., cucunda Nabi Muhammad SAW. Mereka meminta agar Bilal mangalunkan azan.

Permintaan orang yg dicintainya itu tidak dapat ditolak. Apabila suara Bilal berkumandang di ruang angkasa Kota Madinah, penduduk-penduduknya pun tanpa segan silu menitiskan air mata mereka kerana terkenangkan zaman keemasan yg telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih mereka, Nabi Muhammad SAW.

Sekali lagi Bilal telah meninggalkan Kota Madinah dan akhirnya meninggal dunia di Damsyik pd thn 20 Hijrah.

Loading...

Tags: #Bilal #Hamba #Islam #Memeluk #Pertama #Rabah

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Leave a reply "Bilal Bin Rabah R.A : Hamba Pertama Memeluk Islam"