Bila Jemaah Masjid Diskriminasi Pd Maknyah Bersolat Jumaat..

Oleh : Tun Fairul Azri

Jumaat lps aku solat Jumaat kat Masjid XXXXX. Masjid penuh mcm biasa.. Dlm ramai manusia berpusu-pusu cuba mengambil saf sebelum solat, kelihatan seorang mak nyah terkial-kial mencari ruang.. Ya! Aku ulang lagi sekali, MAK NYAH / BAPOK / PONDAN / ARBOK / SPESIS SAJAT dgn rambut panjang blonde penuh, diikat ‘pony-tail’ dan memakai baju kurta yg dinafikan saf dia oleh jemaah yg ada.. 

Solat%2BJumaat - Bila Jemaah Masjid Diskriminasi Pd Maknyah Bersolat Jumaat..
Gambar Hiasan

Bila ada ruang terbuka yg dia nak masuk, ada je orang yg block dia..

Dia pun patah balik ke belakang menuju ke saf aku (saf tengah masjid) dgn muka sedih.. Bila dia lintas depan aku, aku pun tarik tangan dia sambil cakap; “Bro, meh sini solat sebelah aku” sambil aku buka ruang utk dia walaupun dah agak sempit kat situ..

Selesai solat masa imam baca doa, dia menangis teresak-esak.. Aku dpt rasa apa yg dia rasa.. Kadang aku hairan dgn sikap kita-kita yg dah rasa seolah sebelah kaki dah ada dlm syurga.. 

Kita selalu menilai manusia dr luaran tanpa mahu memahami dlman.. Kita selalu rasa yg kita suci dan yg lain adalah jijik dan kotor.. Tanpa kita sedar, kita lebih teruk dr Arab jahiliyah.. Lebih bangsat dr manusia yg kita panggil ‘kafir harbi’.. Kurang-kurangnya diorang tu sembah patung ukiran yg dianggap Tuhan.. Tapi kita? Kita lebih teruk..

Hari ini, kita yg jadi Tuhan!
Syurga-neraka manusia lain, kita yg tentukan..

Allahu..

Teringat satu ketika dulu aku pernah hadiri satu acara gig di Jakarta, Indonesia.. Tiba waktu Maghrib, ada seorang budak punk dgn rambut spike warna hijau, memakai sleeveless t-shirt gambar The Exploited dan kedua lengan yg penuh dgn tattoo menghampiri aku dan mengajak solat.. 

Aku tergamam melihat budak ni.. Tapi dia senyum je (agaknya blh baca apa yg aku fikir) sambil bercakap; “Mas.. Allah itu menilai hati kita. Bukannya luaran kita.. Siapa pun kita di sini, jangan pernah menafikan diri sbg hamba yg Esa.. Jadi solat itu wajib! Ayo Mas..!”

Kadang-kadang Allah hantar budak punk je pun nak tarbiahkan kita.. Hari ini, Allah hantar bapok pulak utk sekolahkan jemaah Jumaat tu..

kau fikir kau siapa?

Loading...

Tags: #Bersolat #bila #Diskriminasi #Jemaah #Jumaat #Maknyah #Masjid

author
Author: 
    Vocabulary: Flashcard of sports
    Print sets of flashcards for sports, extreme sports or sports equipment, or print
    Vocabulary level 1: Fruits
    Let’s learn all about fruit!! Lesson Summary; Word Bank, Let’s Talk, Word Search,
    Arti Kata Gaul Atika
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Atika, baik itu di dunia
    Dalam Islam Hukumnya Haram, 5 Artis Muslim Ini Pelihara Anjing! No 4 Kini Berhijab!
    slidegossip.com – Anjing dikenal sbg salah satu hewan yg setia dan midah diajarkan

    Comments are closed.