Big Red Strawberry Farm, Tempat Menarik di Cameron Highland

Loading...

Banyak betul ladang straw berry di Cameron Highland. Tapi, ramai pelancong suka berkunjung ke Big red strawberry farm! Kenapa ya?

Big red strawberry farm


Strawberry dan Cameron berpisah tiada. Cuaca yg dingin dgn tanah yg subur menyebabkan tanaman ini gembira di sini.

Kali ini, Ibu kongsikan dgn anda semua tempat menarik utk mkn & petik buah berry merah ni.

Baca perkongsian tentang Ladang Big Red Strawberry sehingga habis & anda dijamin akan

  1. Melihat gambar permandangan menarik di ladang ini.

    .

  2. Mendengar testimoni pelancong yg puas hati & menyesal datang sini.

    .

  3. Tahu masa terbaik utk singgah sini. Dapat elak ramai orang.

    .

Kita mulakan dgn segera.



Cameron Highland Big Red Strawberry Farm.

Seperti yg kita sedia maklum, memang banyak ladang strawberi di sini. Tapi, Big Red adalah salah satu yg terbesar.

Di tambah pula dgn lokasinya yg strategik.

Ia berada betul betul di tengah bandar Brinchang. Kawasannya berbukit bukau, blh nampak permandangan menarik sekitar pekan Brinchang ni.

Pastikan kita datang awal sebab walaupun tempat letak keretanya banyak, tapi tak semuanya senang tau.

Jalannya sangat cerun & menyeramkan. Terutama sekali jalan turunnya.

Pastikan kereta kita diselenggara dgn baik, terutama sekali sistem brek & clutch. Atau kereta anda pasti semput mendaki. 

Ibu bercerita ni dr pengalaman sendiri, rasanya itu jelah kali terakhir kami naik ke sana dgn kereta.

Lagi rela letak kereta jauh sikit, dan jalan kaki ke sana.

Big red strawberry farm ladang



Di bawah ini Ibu kongsikan lokasi utk rujukan anda.

Alamat: 

  • Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Waktu perniagaan: 

  • Rabu – 8:30PG–6:00 petang
  • Khamis – 8:30PG–6:00  petang
  • Jumaat – 8:30PG–6:00  petang
  • Sabtu – 8:30PG–6:00  petang
  • Ahad – 8:30PG–6:00  petang
  • Isnin – 8:30PG–6:00  petang
  • Selasa – 8:30PG–6:00  petang


Telefon: 

  • 05-491 3327

Cameron memang banyak destinasi pelancongan menarik.

Bacaan menarik: Ini senarai top 10 terbaik di Cameron Highlands pd pandangan Ibu.

Waktu terbaik utk melawat Ladang strawberry big red?

Ladang big red dibuka seawal jam 8 pagi, Ibu pernah kunjungi ladang ini 3 kali , 2 kali pertama pd jam 9 pagi & jam 5 petang pd hari khamis.

Memang lengang selengangnya!

Big red strawberry farm waktu melawat



Masa ni kami dapat letak kereta di bawah saja. Tak perlu naik sampai atas cari parking & dapat elak keluar ikut jalan bukit.

Kali ke 3, kami datang pd hari ahad, jam 12 tengahari memang lain ceritanya.

Masa tu ramai sangat orang, kami kena cari parking sampai atas, mengaum enjin kereta.

Pengalaman turun pun sangat mengerikan.

Jika anda nak elakkan pengalaman serupa, datang dr 8 ~ 10 pagi. Atau waktu petang sikit pd jam 5.

Elakkan datang pd jam 11 pagi sehingga 4 petang terutama sekali semasa hujung minggu & cuti sekolah.


Rata rata pelancong akan meluangkan masa selama 45 minit sehingga 1 jam 30 minit disini utk 
  • Melihat permandangan.
  • Tangkap gambar.
  • Makan mkn.
  • Beli cenderamata.

Review terkumpul Big Red Strawberry Farm.

Big red strawberry farm review

Seramai 2,905 pelancong telah meninggalkan ulasan di Google. Dgn mata purata terkumpul sebanyak 4.1 dari 5 bintang.

Lebih 80% dr pelawat puas hati mengunjungi ladang ini. Dgn majoriti memberikan 5 bintang.

Tak sampai 10% beri 1 bintang.

Tapi, kita lihat juga 2 jenis review utk buat perbandingan.

1. Review pelancong yg gembira melawat ladang ini.

Kalau dah bagi mata penuh,  5 / 5 bintang mesti suka sangat kan? Umpama kita dapat markah 100% dlm periksa.



Itulah yg berlaku kepada segelintir besar pelawat taman ini. Kalau nak tahu apa mereka kata, click & baca review di bawah ni sekarang.

Bacaan menarik: Ini review pelancong yg memberikan 5 bintang selepas melawat ladang strawberry big red! Entah apa sebabnya!


Seterusnya kita lihat pula review pelancong tak puas hati.

Nak juga tahu kenapa ada yg tak suka.

Big red strawberry farm suasana menarik


2. Review pelancong yg menyesal singgah ke mari.

Walaupun tak ramai, tak sampai 5 peratus, review golongan terpencil ni mungkin juga blh berlaku pd kita.

Jadi, dlm pahit ada pengajaran blh kita ambil sbg pelajaran kan.

Orang bijak seperti pembaca blog ini, sentiasa cari hikmah utk pedoman hidup.

Bacaan menarik: Ini sebabnya ada pelancong memberikan 1 bintang dr 5 selepas berkunjung ke ladang Big Red! Jadikan pengajaran.


Ok,

Sekarang ni dah tau pandangan kedua dua belah yg positif & negatif.

Big red strawberry farm kedai cenderamata



Tiba masanya utk Ibu kongsikan gambar gambar menarik suasana di ladang strawberry tersohor ni. Ibu letak dlm artikel berbeza supaya handphone anda tak lembap tunggu gambar loading.

Bacaan menarik: Jamu mata anda dgn permandangan menarik di Big Red Farm, dan juga mknan sedap patut cuba!


Kesimpulan.

Walaupun keluarga kami dah berkunjung sebanyak 2 kali ke tanah tinggi Cameron, masih belum puas lagi meneroka.

Ibu syorkan, paling tidak pun datanglah sekali ke ladang ini.

Memang besar, dan membuka mata juga.

Pandangan peribadi Ibu, walaupun ladang ni besar, Ibu masih lebih suka pergi ke Kampung Taman Sedia. Kat sana pun ada banyak ladang strawberi milik orang islam.

Yang paling penting, mknan di sana diyakini halal sebab milik orang islam sendiri. Lagipun jalan ke sana lebih landai tak tak menyeramkan.

Gayat, hehe.

Sampai juga kita ke akhir artikel ni.

Seperti biasa, Ibu nak ucapkan terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Jika anda ada pengalaman & cerita menarik nak di kongsi mengenai lawatan anda ke tempat ini, tinggalkan komen di ruangan yg disediakan di bawah.

Dapat jadi panduan kepada sahabat lain, dah dapat pahala percuma. Moga dapat ganjaran berterusan kerana sebarkan ilmu bermanfaat. 

Seperti pesan Rasulullah SAW, Insyaallah.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah Saw. bersabda: ”Apabila ‘anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dr tiga ini: sedekah yg berlaku terus menerus, pengetahuan yg di manfaatkan, dan anak soleh yg mendoakan dia.” (HR Muslim)

Jumpa lagi. Assalamualaikum Wrmbth.

Loading...

Tags: #CAMERON #Farm #HIGHLAND #Menarik #STRAWBERRY #Tempat

author
Author: 
    Sudah Mantap Berhijab, Artis Cantik Ini Byk Dpt Godaan Utk Lps Hijab!
    slidegossip.com – Artis cantik Citra Kirana akhirnya memutuskan utk berhijab sejak empat bln
    Muat Turun Toolkit PdP KBAT Terbitan BPK, KPM
    Toolkit PdP KBAT adalah satu manual pelaksanaan yg lengkap bg sekolah utk membudayakan
    Vanessa Angel, Apa Kau Lupa Surgamu Dimana? Mengapa Kau Blokir Instagram Ayahmu?
    slidegossip.com – Kabar hubungan Vanessa Angel dgn sang ayah, Doddy Soedrajat yg disebut-sebut
    #CadangMakan : Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Murah, Sedap & Berbaloi lah!
    Assalamulaikum gais, Pernah datang port mkn Mainroad di Jalan Ampang tak? Ha ni

    Leave a reply "Big Red Strawberry Farm, Tempat Menarik di Cameron Highland"