Betulkah MAIWP Tidak Agihkan Zakat?

Loading...

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog mkn Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Betulkah MAIWP tidak agihkan kutipan zakat yg mereka perolehi setiap bln. Ini adalah persepsi dan tanggapan negatif yg sudah bersarang di kalangan masyarakat kita. Sehingga ada yg kurang keyakinan kepada badan yg dipertanggungjawab mengutip dan mengagihkan zakat ini.
fd9d47ee ec9f 4317 9549 84cec7ce52a6 1 - Betulkah MAIWP Tidak Agihkan Zakat?
Sampai bila kita hendak berprasangka akan semua ini sekiranya kita sendiri tidak mahu ambil tahu apa yg dilakukan disebaliknya. MAIWP adalah oraganisasi yg berperanan menguruskan zakat di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Kutipan zakat ini dilaksanakan oleh MAIWP melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Manakala aktiviti mengagihkan zakat dilaksanakan sendiri oleh MAIWP.

Bagaimana Pengagihan Zakat Dilakukan

Menurut apa yg Maha ketahui bahawa MAIWP membuat pengagihan zakat melalui 28 skim bantuan zakat yang membantu asnaf drpada segala aspek merangkumi keperluan asas, perumahan, pendidikan, perniagaan, kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang thn dan bukan pd bln-bulan tertentu sahaja.
Maha ambil satu contoh yg paling mudah sekirang ada satu keluarga yg telah dikenalpasti sbg asnaf miskin dan mereka layak utk menerima bantuan zakat. Bantuan yg diberikan bukan sahaja wang ringgit yg kita lihat setiap bln tu sahaja tau. Ia merangkumi beberapa perkara lain yg melibatkan keluarga tersebut seperti :
Bantuan Sewa Rumah  sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah
Bantuan Pelajaran kepada anak-anak sekiranya mereka ada anak bersekolah

Bantuan Perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan
Bantuan Perniagaan sekiranya mereka ada membuat perniagaan secara kecil-kecilan
Jadi semua itu akan dibantu oleh MAIWP dan ia kekal sehingga keluarga ini keluar drpada taraf asnaf miskin. Jadi tak adil kalau kita hanya mengambil kira wang bantuan setiap bln yg diberikan sahaja.
4ab95af8 74d3 49ff 82be 4cdcb093e3e0 - Betulkah MAIWP Tidak Agihkan Zakat?
Selain drpada bantuan kepada keluarga asnaf miskin ini agihan lain yg MAIWP lakukan adalah agihan zakat secara tidak langsung di mana dana zakat dimanfaatkan utk penubuhan prasarana yg dpt memberi manfaat utk jangka masa panjang. Kalau korang lalu kat Kg Pandan KL akan nampak tersergam megah Kolej Profesional Baitulmal & Institut Kemahiran Baitulmal dan itu merupakan juga hasil usaha dlm pengagihan zakat.
Selain drpada itu byk lagi institusi dr peringkat menengah sehingga pengajian tinggi. Kalau rajin tengok la di sini: https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/institusi-pendidikan.

Birokrasi Dlm Permohonan Bantuan Zakat

Ini satu lagi perkara yg juga ramai orang anggap permohonan bantuan zakat itu susah dan byk birokrasi. Bg mengurangkan isu ini MAIWP telah membuka 10 Pusat Agihan Zakat atau PAZA dimana 9 di Kuala Lumpur dan 1 di Labuan. MAIWP juga turut menyediakan Kaunter bergerak Baitulmal MAIWP yg turun ke lokasi yg menjadi tumpuan orang ramai seperti di masjid, bazar-bazar Ramadhan, pasar malam dan sbgnya. . Ini demi mendekatkan orang ramai dan memudahkan utk membuat tuntutan bantuan zakat.
4650b55e eaa9 469c 8131 34ec3115e2b5 - Betulkah MAIWP Tidak Agihkan Zakat?
Selain itu juga, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP telah ditubuhkan utk turun pdng mencari dan menjejaki mereka yg tercicir drpada menerima bantuan zakat. Kita juga sbg rakyat yg prihatin blh memberi kerjasama utk turut membantu menyalurkan maklumat kepada MAIWP sekiranya mendapati ada golongan yg layak utk mendapatkan bantuan zakat ini.
Sekarang ini nak memohon bantuan zakat dan tidak susah hanya perlu mengisi sehelai borang dgn maklumat lengkap. Ini penting kerana utk memastikan pemohon benar-benar termasuk dlm golongan yg layak menerima bantuan zakat. Permohonan juga tidak perlukan membuat pengesahan dr mana-mana pihak seperti ahli politik, ketua kampung, imam dan sbgnya. Manakala proses kelulusan bantuan juga dipercepatkan kepada 5 hari dan bg kes-kes kecemasan, bantuan akan disalurkan dgn segera.

Jadi apa pandangan korang tentang perkara yg byk tidak benar di luar sana tentang pengagihan zakat ini. Jangan kita hanya mendengar dan membaca sahaja tanpa membuat kajian tentang perkara sebenar. Korang juga blh dptkan info lanjut tentang pengagihan zakat ini melalui laman seperti di bawah :-
Laman web : www.maiwp.gov.my
Facebook MAIWP : www.facebook.com/maiwp.hq
Facebook Baitulmal MAIWP: www.facebook.com/baitulmal.wp/
Instagram: @hqmaiwp
Youtube : MAIWP TV
Loading...

Tags: #Agihkan #Betulkah #MAIWP #tidak #Zakat

author
Author: 
    Craving Masakan Melayu Asli? Datang Je Restoran Sisik Ikan Bakar Klang
    Assalamualaikum & hi kawan-kawan.. Last week BBL pergi satu kedai masakan Melayu Asli
    Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup sehingga Jumaat
    PUTRAJAYA – Semua sekolah dan tadika di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali

    Leave a reply "Betulkah MAIWP Tidak Agihkan Zakat?"