Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah
TERAPI LAMPU LIPLAP
Saje nak tegur satu video seseorang yg promosi rawat stroke dgn lampu liplap.

Untuk makluman, Stroke ini jika buat physio akan pulih/recover. Walaupun bukan 100% pulih tetapi paling tidak pesakit akan blh bergerak dlm tempoh masa tertentu.
Ianya juga bergantung kepada jenis stroke dan keterukan rosak saraf otak yg diserang stroke. Paling minima pesakit blh menggerakkan kaki dan tangan.
Pemulihan stroke tidak perlu pun guna lampu liplap. Lampu liplap itu hanya psikologi. Rawatan utama setelah serangan stroke adalah mkn ubat yg dibekalkan samada ubat darah tinggi, kencing manis, ubat cair darah, ubat kolesterol dan sbgnya. Kemudian pesakit perlu dibawa melakukan rawatan fisioterapi.
Rawatan pemulihan melalui fisioterapi ini blh mengembalikan semula fungsi pesakit samada fungsi fizikal, mental dan spiritual. Peranan waris amat penting pd ketika ini. Bukannya mengupah perawat yg tidak bertauliah dan melakukan rawatan yg pelik-pelik.
Seluruh premis hospital KKM mempunyai anggota mahir bahagian fisioterapi. Malah satu jabatan khusus dikhaskan bg merawat pesakit yg kena stroke. Klinik-klinik kesihatan seluruh negara pun wujud perkhidmatan itu.
Tags: #Betul #Lampu #Rawat #Stroke #Terapi