Bersabarlah Menunggu Keputusan Majlis Raja-Raja..

Oleh : DR MUHAMMAD FATHI YUSOF

BERSABARLAH MENUNGGU KEPUTUSAN MAJLIS RAJA-RAJA

1. Pd zaman teknologi maklumat ini, wujud satu sikap tidak sabar utk mengetahui sesuatu berita baru. Akibatnya ada segelintir yg cuba membuat pelbagai telahan dlm isu pelantikan jawatan YDPA dgn mendahului ketetapan Majlis Raja-raja.

Sultan 1 - Bersabarlah Menunggu Keputusan Majlis Raja-Raja..

 
2. Perkara 32(3) menyebut bahawa kuasa melantik YDPA terletak pd Majlis Raja-raja. Perkara 38(6) pula menyebut kuasa melantik YDPA adalah termasuk dlm kuasa di bawah budibicara Majlis Raja-raja. Ia membawa maksud, tidak siapa yg blh campur tangan dlm urusan berkenaan.

3. Perkara 38(2) pula menyatakan bahawa pelantikan YDPA oleh Majlis Raja-raja hendaklah dibuat mengikut cara yg ditetapkan dlm Jadual Ketiga Perlembagaan.

4. Jadual Ketiga, menetapkan bahawa seseorang Raja layak dipilih menjadi Yg di-Pertuan Agong melainkan jika:

(a) Raja itu belum dewasa: atau
(b) Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Raja itu tidak berhasrat dipilih; atau
(c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan melalui undi sulit bahawa Raja itu tidak sesuai utk menjalankan fungsi Yg di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain.

5. Jadual Ketiga juga memberikan panduan berkenaan jadual pergiliran YDPA antara sembilan buah negeri. Pergiliran ini telah pun berlaku dlm pusingan pertama dgn urutan senarai berikut: Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, Perak.

6. Bila selesai pusingan itu, maka Jadual Ketiga menetapkan bahawa perlu dibuat senarai baru yg disusun semula bg pusingan berikutnya dgn menyenaraikan negeri-negeri “mengikut susunan Raja-rajanya telah memegang jawatan itu”.

7. Oleh kerana dlm pusingan pertama, semua sembilan orang Raja-raja telah mengisi jawatan YDPA, maka pusingan kedua ini sepatutnya berjalan mengikut pusingan pertama. Jika ada Raja yg meminta dilambatkan gilirannya waktu pusingan pertama dahulu, ia tidak perlu diambilkira dlm pusingan kedua ini.

8. Oleh yg demikian, memandangkan enam buah negeri telah selesai mengisi jawatan YDPA dlm pusingan kedua ini, maka tinggal lagi baki tiga negeri yg belum iaitu Pahang, Johor dan Perak. Jika diikutkan, jadual pusingan terdahulu, giliran berikutnya ialah Pahang.

9. Walau bagaimana pun, Majlis Raja-raja tidak terikat utk membuat pemilihan berdasarkan pergiliran ini semata-mata. Majlis Raja-raja blh membuat keputusan yg berbeza di atas beberapa asas iaitu:

a. Majlis Raja-raja blh membuat keputusan berbeza berasaskan tiga faktor yg menghilangkan kelayakan YDPA yg terdapat dlm Jadual Ketiga.

b. Terdapat kemungkinan mana-mana Raja yg menyatakan hasratnya utk tidak dipilih, atau dilambatkan giliran.

10. Dlm hal ini saya berpendapat, rakyat perlu memberikan kepercayaan dan kesetiaan kepada Majlis Raja-raja dlm menentukan pelantikan YDPA. Apa sahaja keputusan perlu diterima dgn hati terbuka dan positif. Tidak perlulah menggunakan saluran media baru utk menyebarkan pandangan-pandangan yg seolah-olah cuba utk mempengaruhi pelantikan YDPA.

11. Pilihan yg ada pd Majlis Raja-raja adalah luas. Keputusan yg dibuat itu juga berdasarkan pertimbangan-pertimbangan yg dinilai dlm mesyuarat berkenaan. Intipati perbincangan tentunya adalah rahsia. Tidak perlu bg kita utk mencari dan mengorek maklumat yg di luar tanggung jawab kita.

12. Dlm tempoh sebelum YDPA dilantik ini Timbalan YDPA iaitu Sultan Perak akan menjalankan tugas dan peranan YDPA. Walau pun tiada tempoh yg ditentukan bg pemangkuan tugas, namun kita percaya Bgnda akan mengambil langkah segera bg melantik YDPA yg baharu melalui mesyuarat Majlis Raja-raja.

13. Kita sama-sama doakan agar pemilihan YDPA berjalan lancar dan dirahmati oleh Allah SWT.

Loading...

Tags: #Bersabarlah #Keputusan #Majlis #Menunggu #RajaRaja..

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Bersabarlah Menunggu Keputusan Majlis Raja-Raja.."