Berpolitik Di Masjid, Ini Amaran Sultan Johor Kepada DAP.

Loading...

TITAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA’ZIM DI ATAS PELANGGARAN DAN PENCABULAN MASJID TEMPAT SUCI UMAT ISLAM

Mutakhir ini terdapat byk usaha yg dilihat seakan-akan mahu menceroboh sempadan agama Islam yg telah digariskan sejak wujudnya Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.

Johor - Berpolitik Di Masjid, Ini Amaran Sultan Johor Kepada DAP.

Sungguhpun saya dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah beberapa kali membuat peringatan tegas kepada pentadbiran masjid dan surau di dlm Negeri Johor utk melarang mana-mana ahli politik dan individu yg berasaskan parti politik dr menggunakan masjid dan surau di Negeri Johor sbg tempat aktiviti mereka, terdapat kecenderungan utk pentadbiran masjid dan surau membenarkan ahli politik terus menjadikan masjid sbg tempat aktiviti mereka.

(1). MERAIH LABA POLITIK DI MASJID 
 
Saya menerima aduan dan rasa tidak selesa masyarakat bahawa pd 10hb Mei 2019, Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong telah memberikan ucapannya di dlm Masjid Tenang Stesyen, Labis, Segamat, Johor.

Tindakan Ahli Parlimen Labis ini telah mendatangkan rasa kurang senang, kecewa yg amat mendalam dan menimbulkan bantahan umat Islam setempat dan umat Islam di Negeri Johor Darul Ta’zim. Justeru, saya menyimpulkan tindakan ini sbg :

(i). Pencabulan serius terhadap kesucian masjid dan sekaligus menggugat kedudukan Islam sbg agama Negeri Johor Darul Ta’zim;

(ii). Pelanggaran sempadan yg telah saya sbg Ketua Agama Islam Negeri Johor gariskan sebelum ini apatah lagi larangan ini baharu sahaja saya tegaskan semula melalui Pekeliling Majlis Agama Islam Negeri Johor;

(iii). Wujudnya pemimpin politik yg tidak sensitif terhadap undang-undang, peraturan dan pekeliling yg dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dan yg berkuatkuasa di dlm Negeri Johor Darul Ta’zim;

(iv). Perbuatan Ahli Parlimen tersebut dan mereka yg bertanggungjawab menganjurkannya telah mengguris perasaan umat Islam terutama di dlm bln Ramadan yg mulia ini di mana umat Islam dianjurkan utk berkasih sayang dan mengelakkan perpecahan serta merapatkan saf dan perpaduan;

(v). Pelanggaran dan pencabulan tersebut adalah satu tindakan biadap dan tidak beretika oleh pihak-pihak tertentu dan yg ada berkepentingan serta tidak blh diterima sama sekali kerana ianya jelas meremehkan pegangan dan amalan agama Islam yg telah dibina sejak zaman berzaman di Negeri Johor Darul Ta’zim.

Saya yakin ahli parlimen tersebut dan pihak-pihak yg ada berkepentingan akan menafikan bahawa mereka telah berucap berkaitan politik di dlm majlis tersebut.

Namun saya konsisten menegaskan bahawa masjid dan surau hendaklah tidak dibenarkan dan dihalang sama sekali dr sebarang aktiviti ahli-ahli politik kepartian kerana byk aktiviti anjuran individu yg mewakili parti politik seringkali diwarnai dgn adu domba, kata mengata, fitnah dan medan utk meraih simpati masyarakat utk menaikkan populariti mereka bg meraih sokongan sedangkan dlm waktu yg sama musuh-musuh politik dan yg tidak sehaluan dgn mereka menjadi jemaah dlm masjid tersebut dan blh mewujudkan rasa tidak selesa di kalangan masyarakat.

(2). MASJID ADALAH ZON BEBAS POLITIK KEPARTIAN

Institusi Masjid di Negeri Johor adalah ZON BEBAS POLITIK KEPARTIAN. Masjid adalah tempat bg mereka yg mahukan ketenteraman jiwa dan suasana damai bg mendekatkan dirinya kepada Allah tanpa adanya unsur politik yg mendukung parti-parti tertentu di dlmnya.

Anda blh sahaja bercakap politik dan berbeza pegangan politik dr pagi sehingga malam, dr kedai kopi ke hotel, dr tepi jalan ke puncak gunung bg meraih sokongan tapi bukan di dlm masjid yg suci itu.

Saya mempunyai tanggungjawab utk memastikan bahawa kesucian masjid di Negeri Johor Darul Ta’zim ini sentiasa terjaga dan bg memastikan kesucian masjid itu, saya mempunyai hak dan kuasa utk menentukan kaedah dan mekanisma bg memastikan masjid di Negeri Johor Darul Ta’zim sentiasa dilimpahi dgn keredaan dan keampunan Allah serta ketenangan, kedamaian tanpa hiruk pikuk politik.

Ini selaras dgn kehendak Fasal 96(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) Thn 2003.

Natijahnya, saya tidak mahu episod perbalahan di kalangan umat Islam yg berlainan pegangan parti bermula drpada masjid.

Sebagaimana sejarah Bgnda Rasulullah S.A.W mendirikan Masjid Quba di Madinah utk menyatupadukan golongan Ansar dan Muhajirin, sebegitulah juga masjid perlu menjadi institusi paling aman damai yg mana para pengunjungnya adalah mereka yg mendambakan wajah-wajah yg dilimpahi kasih sayang dan hormat menghormati sesama ummah.

(3). ELAKKAN BENIH PERPECAHAN DAN PERSENGKETAAN DI KALANGAN BANGSA JOHOR ADALAH MENJADI KEUTAMAAN

Saya tegas mengatakan bahawa semua ahli politik atau mereka yg mewakili mana-mana parti politik tidak blh dibenarkan berucap dan menjalankan aktiviti mereka di dlm masjid bg mengelakkan benih-benih perpecahan masyarakat dimulakan.

Ianya perlu dicantas sejak dr awal. Jangan terlalu fanatik meraih populariti sbg ahli politik sehinggakan tidak tahu lagi menilai adab-adab dan peraturan di masjid yg telah kita tetapkan semata-mata kerana kepentingan peribadi dan parti yg anda wakili.

Dalam masa yg sama sudah tentunya saya mahu memastikan wujudnya keharmonian, kesefahaman dan perpaduan antara rakyat yg berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Saya telah ingatkan dgn baik, saya telah sebut dlm nada tegas tetapi saya amat kecewa kerana masih ada rakyat Johor yg melanggarnya.

Justeru itu, saya mahu Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pentadbir masjid yg menyediakan platform kepada ahli-ahli politik menjalankan aktiviti mereka di masjid dan dlm masa yg sama, meningkatkan tindakan penguatkuasaan bg menghalang aktiviti seumpama itu berlaku lagi.

(4). HORMATI UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI JOHOR
 
SETERUSNYA Undang-undang Tubuh Negeri Johor yg dibaca bersama Perlembagaan Persekutuan hendaklah menjadi panduan kepada setiap rakyat.

Rakyat setiap kaum yg berbilang agama dan budaya di Negeri Johor Darul Ta’zim ini diingatkan bahawa setiap sudut tanah yg mereka pijak dlm negeri kita ini adalah dipayungi oleh peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan Perlembagaan Persekutuan yg oleh itu, apa pun jua aktiviti harian warganya hendaklah dipastikan berada dlm lingkungan yg dibenarkan undang-undang tersebut sbg manifestasi kesetiaan kita kepada Negeri Johor Darul Ta’zim.

Tindakan mana-mana pihak selain saya dan Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor memberi izin penggunaan masjid kepada ahli politik dan penganjur-penganjurnya akan membawa implikasi bahawa pihak tersebut telah membuat tindakan yg melangkaui bidang kuasa mereka kerana ianya melanggar peraturan berkaitan yg telah dikuatkuasakan di negeri ini.

(5). TINDAKAN TEGAS KEPADA KETIDAKPATUHAN ARAHAN INI

Tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yg terlibat melakukan pelanggaran dan pencabulan terhadap perkara ini mengikut peruntukan enakmen, pekeliling dan arahan yg sedang berkuatkuasa.

SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR, saya tegaskan sekali lagi dan tidak apologetikuntuk mengambil pendirian bahawa demi menjamin kesucian, ketertinggian agama Islam dan maruah serta martabat umat Islam, keharmonian, perpaduan dan kesatuan di antara pelbagai kaum dan agama dpt terus dinikmati oleh Bangsa Johor, semua aktiviti ahli politik di masjid dan surau di Negeri Johor Darul Ta’zim hendaklah segera dihentikan dan pencabulan yg telah berlaku tidak blh berulang lagi.

INSAF DAN SEDARLAH SEMUA PIHAK SEBAGAI BANGSA JOHOR, kita hendaklah mematuhi cara hidup, budaya, etika, disiplin, dan adab mulia yg menjadi amalan di Negeri Johor Darul Ta’zim zaman berzaman. – 16 Mei 2019.

Loading...

Tags: #Amaran #Berpolitik #DAP. #Johor #Kepada #Masjid #Sultan

author
Author: 
    Lagu Negaraku versi Arab: Polis rakam keterangan pihak terlibat
    KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti lokasi klip video tular yg memaparkan
    5 Artis Cantik Ini Pernah Diturunkan di Tengah Jalan, No 4 Gara-Gara Salah Culik Orang!
    slidegossip.com – Bayangan orang-orang tentang kisah hidup artis yg sepertinya selalu terlihat enak
    Puteri Ramli Si Selir Dirut Garuda Bisa Membuat Seorang Atasan Jadi Office Boy!
    slidegossip.com – Sepak terjang Puteri Novitasari Ramli yg disebut-sebut sbg selir alias wanita
    Mirip Lisa Blackpink, Selingkuhan Petinggi Garuda Ini Oplasnya Lebih Berhasil dr Puteri?
    slidegossip.com – Kasus penyelundupan Harley Davidson dan sepeda Brompton yg melibatkan mantan Dirut

    Comments are closed.