Berlakulah Adil Terhadap NGO Sister In Islam..

Loading...

Oleh : Mohamed Hadi AH

Berlaku Adil Kepada SIS

1. Flashback 10 thn lps, sewaktu aku mula-mula chambering.

lgbt 1 - Berlakulah Adil Terhadap NGO Sister In Islam..

2. Sesiapa yg chambering di Kuala Lumpur (KL) barang pasti mengetahui kewajipan para pelatih dlm kamar (PDK) utk terlibat di dlm aktiviti mingguan yg dipanggil Legal Aid. Legal Aid ini merupakan bantuan guaman yg dikendalikan oleh Majlis Peguam mengikut rentak yg dicorak oleh Jawatankuasa Peguam negeri masing-masing. Kalau KL ini maknanya Legal Aid Centre (LAC) diuruskan oleh KL Bar.

3. Oleh kerana masyarakat KL ini rencam maka program LAC pun ada pelbagai jenis. Ada yg pergi penjara, ada yg pergi mahkamah, ada yg bg nasihat guaman, sama ada sivil atau pun syarie.

4. Maka BBNU mcm aku yg memang tak pergi court sebab jadi hamba korporat ni memilih utk pergi mahkamah dan buat dock brief (nak terjemah ke BM tak reti). Mudah cerita dock brief ni tolong OKT yg kena tahan reman atas pelbagai kesalahan (biasanya dadah dan curi) dan mereka biasanya mengaku salah sebab tak mampu utk upah peguam. Tapi kerana tak mampu upah peguam juga ketika jatuh hukuman dia tak pandai utk mohon mitigasi bg ringankan hukuman, maka BBNU yg mcm kami inilah yg tolong cakapkan kepada majistret dan rayu utk ringankan hukuman.

5. Rayulah apa yg blh, anak ramai, adik-beradik ramai, isteri ramai, ini kesalahan pertama, OKT mengaku salah maka telah menjimatkan masa mahkamah dan mcm-macam lagilah. Pendek kata, kita tak mahu OKT dijatuhkan hukuman tanpa ruang utk mitigasi. Bg kita yg pandai bercakap, mengaji tinggi ni mungkinlah rasa, susah apanya nak cakap, cakap jelah. Tapi bg sesetengah orang yg tak mengaji tinggi, cakap Melayu pun tak fasih, mitigasi tu bermanfaat juga, setidak-tidaknya tidaklah mereka duduk dlm penjara lebih lama dr yg sepatutnya.

6. Seminggu sekali setiap Rabu selama 10 minggu aku akan tercokoh di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan jumpa mcm-macam perangai OKT. Walaupun nampak remeh tapi bantuan kami yg tak seberapa tu jika diukur dr sudut wang ringgit sebenarnya bernilai puluhan ringgit juga sejam. Katalah ambil bodoh-bodoh sejam RM10. Kalau 10 PDK dah RM100 sejam. Kalau 10 minggu dah RM1000. Kalau setahun dlm RM5000. Maknanya walau pro bono (percuma) tapi sebenarnya ada nilainya juga. Inilah sumbangan para peguam khususnya firma guaman kerana membenarkan PDKnya berkerja separuh hari utk masyarakat. Kalau sebulan sudah dua hari. Maknanya dlm sebulan, gaji dua hari disumbangkan kembali kepada masyarakat.

7. Itu akulah yg pilih dock brief.

8. Ada kawan yg pergi penjara jumpa banduan, ada yg jaga legal aid di KL Bar dan yg agak mengejutkan aku ketika itu, ada juga yg jaga legal aid di pejabat SIS.

9. Uish SIS ni buat apa? Pemikiran BBNU aku ketika itu ini mesti ajinda nak menyesatkan akidah umat Islam ni.

10. Jadi aku pun tanyalah seorang kawan yg pilih utk buat legal aid di SIS. Pergi SIS tu buat apa?

11. Buat legal aidlah. Isteri yg teraniaya datang ke pejabat SIS dan mengadu mcm mana nak selesai masalah. Ada yg kena pukul, ada yg kena tinggal, ada yg suami kahwin lagi tapi tak berlaku adil, mcm-macam. PDK ni biasanya akan catit maklumat klien lps tu serahkan kepada peguam SIS (bagi yg mampu) dan bg klien yg tak mampu, diikhtiarkan caralah bagaimana utk tolong wanita yg bermasalah ni dgn tabung guaman mereka atau pergi ke Baitulmal. Tapi sebab kes mahkamah Syariah blh dikendalikan sendiri jika ada basic knowledge, maka biasanya legal aid akan bg panduan saja, lps tu pandai-pandailah. Tapi kalau suri rumah yg memang zero knowledge tu, tetap perlu diwakili peguam juga.

12. Kenapa SIS buat legal aid mcm tu? Tak ada ke agensi kerajaan atau NGO lain yg buat? Ada, bukan tak ada. Ada Jabatan Bantuan Guaman, ada NGO lain malah parti politik pun ada. UIA pun ada buat. Tapi buat benda free ni biasalah, mcm-macam cabaran terutama nak memastikan pusat bantuan guaman tu kekal beroperasi dgn staf yg terhad. Jadi PDK yg ada ni dptlah membantu mengurangkan kos operasi SIS ni.

13. Sehari dua ini geger isu penyerahan sumbangan sebanyak RM30,000 oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada program Telenisa yg dikendalikan oleh SIS. SIS ni sesat, kenapa nak tolong SIS yg sesat. Maka dikongsi fatwa Selangor berkenaan SIS.

14. Cerita SIS sesat ni kita dah dengar lama dah tapi dlm dok kata sesat tu, ada saja agamawan yg blh engage dgn SIS. Contohnya, bekas Mufti Terengganu dan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Dato’ Ismail Yahya yg sering turun ke program SIS, jadi panelis malah majlis pelancaran Telenisa pd thn 2007 pun dihadiri oleh Dato’ Ismail Yahya. Ada lagi sejumlah agamawan lain tapi tak payahlah aku senaraikan di sini kalau sekadar nak meramaikan lagi calon-calon ahli neraka.

15. Bukan bermaksud Mufti Terengganu endorse SIS tapi mereka berwacanalah. Tak tutup pintu. Bincang, runding. Malah dlm kes-kes Telenisa ni pun, sudahnya apa? Mereka perlu ke mahkamah Syariah utk failkan tuntutan. Ini bermakna, mereka juga taat dan patuh kepada peranan dan bidangkuasa mahkamah Syariah dan mereka mematuhi prosedur mahkamah Syariah. Maknanya, mahkamah Syariah ini juga diiktiraf oleh SIS (sama ada mereka ikhlas atau tidak itu soal lainlah). Mungkin di situ Dato’ Ismail Yahya nampak peranan mereka.

16. Adapun fahaman mereka yg mengarut tu, mengarutlah. Tapi mengarut ni pun lebih kepada individu bukan kepada organisasi. Organisasi ni tiada akidah. Cuma manusia yg memimpin itu ada akidah dan pemimpin pula bersilih-ganti. SIS juga dah bawa kes mereka ke mahkamah utk cabar fatwa Selangor tu. Kalau ikut cerita versi SIS, seolah-olah fatwa tu dikeluarkan selepas mereka dipanggil sembang-sembang tak tahu apa latar belakang tahu-tahu saja keluar fatwa sesat. Versi Jabatan Mufti mungkin lain pula. Kes semakan kehakiman mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi pd 13 Mac ini.

17. Walaupun aku berpotensi utk dikecam, tapi kalau namanya sumbangan RM30,000 utk menampung kos operasi Telenisa tu, bg aku itu tidaklah keterlaluan. Sebab kalau tengok statistik terkini mereka, thn lps mereka kendalikan 576 kes. 1/3 drpadanya ialah kes suami tak bg nafkah kat isteri dan anak. Dgn Telenisa yg beroperasi 3 hari seminggu (3 x 52 minggu = 156), ini bermakna setiap hari purata 3 ke 4 wanita datang meminta bantuan dr SIS. Operasi mereka bermula sejak 2003 lagi, maka jumlah wanita (malah lelaki juga ada) yg telah dibantu sudah melebihi 8,400 orang.

18. 8,400 orang yg sah sah kita sendiri memang tak tolong tapi kalau orang lain tolong, kita janganlah nak marah. Ini sama mcm kes gereja bg mkn kat orang juga. Kalau orang lain yg “sesat” tu tolong orang, kita yg “tak sesat” ni buat apa?

19. Apa yg lebih penting dr me’neraka’kan SIS itu ialah meneliti statistik yg mereka kemukakan berdasarkan kes-kes yg datang kepada mereka. Suami atau bekas suami yg culas bayar nafkah, bila dpt perintah mahkamah, susah pula nak kuatkuasakan sebab si lelaki tak nak bayar. Bila tak nak bayar, inilah timbul desakan hidup dan membawa kepada masalah sosial yg lain.

20. “Malang sekali” yg konsisten memperjuangkan perkara-perkara maslahah wanita begini ialah golongan yg sesat kerana golongan yg tak sesat sibuk menerakakan orang. Namun di sebalik kesesatan mereka itu cuba-cubalah kita perhalusi isu-isu “real” yg mereka bawa (yang sesat tu tak payah ikutlah). Bak kata Ghasidah, dlm setandan pisang, takkanlah kesemuanya busuk. Atau kalau nak fatwa juga nak bg puas hati mungkin blh minta Mufti Wilayah Persekutuan tentukan sama ada aktiviti Telenisa ini merosakkan akidah umat Islam atau tidak (serius aku cakap ni).

21. Tapi kalau antum orang masih nak menerakakan orang sambil menggaru telur, ‘ala kulli hal silakanlah. I rest my case.

Loading...

Tags: #Adil #Berlakulah #Islam #Sister #Terhadap

author
Author: 
    Apa Itu Deepfake dan Inilah Bahayanya
    Aplikasi kamera saat ini sudah sedemikian canggih. Para pengguna sekarang bisa membuat kaki
    [Video] Tular di media sosial, kenali insan istimewa ini secara lebih dekat
    Luar biasa. Walaupun dilahirkan tanpa tangan, Puan Nor Farrah Syahirah Shah Ikon Inspirasi
    Kementerian Pendidikan digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
    SHAH ALAM – Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
    Katanya Berseteru, Atta Halilintar dan Bebby Fey Tertangkap Basah Lagi Dugem di Klub Malam!
    slidegossip.com – Sudah bukan rahasia umum lagi kalau Atta Halilintar dan Bebby Fey

    Leave a reply "Berlakulah Adil Terhadap NGO Sister In Islam.."