Oleh : Iqbal Rosali
BERKUMUR DENGAN BETUL ELAK TERTELAN DAN BATAL PUASA
Berkumur dgn ubat kumur tidak akan membatalkan puasa selagi mana tidak ditelan.
Berkumur blh membasahkan mulut kerana mulut agak kering semasa berpuasa dan mengeluarkan bau yg kurang enak.
Berkumur dgn betul blh mengelakkan dr tertelan dan tidak risau membatalkan puasa.

Pertama, apabila berkumur, tidak perlu berlebih-lebihan. Jika menggunakan ubat kumur, sukatannya cukup 15-20 ml atau setengah penutup botol.
Sama juga jika gunakan air kosong. Tidak perlu gunakan sehingga penuh satu cawan atau penuh ditadah tapak tangan.
Kedua, semasa berkumur, tolak air/ubat kumur ke kiri dan kanan pipi serta ke bahagian bibir.
Ingat, tidak perlu mendongak tinggi. Utk bahagian belakang mulut, cukup dgn angkat kepala sikit sahaja. Buat bunyi ‘aahhh’ kira-kira 4-5 saat. Cukup.
Mendongak ini tidak buat pun tidak mengapa. Jika berlebihan, dikhuatiri tertelan. Kuantiti memainkan peranan di sini.
Ketiga, ludahlah. Bilas mulut jika perlu. Tidak perlu risau saki baki di dlm mulut selepas berkumur. Saki baki di dlm mulut tidak akan membatalkan puasa. Mulut tetap akan basah. Yg penting, jangan berlebihan semasa berkumur.
Rujukan:
1. Irsya Al-Fatwa Khas Ramadan Siri Ke-91: Berkumur Dgn Mouth Rinse Gargle
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
2. Garis Panduan Berpuasa bg Pesakit
Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)
Tags: #Batal #Berkumur #Betul #Elak #Puasa #Tertelan