Berhati – hati Dgn Penyakit Kencing Tikus, Penting Utk Ketahui Faktor, Tanda, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

Loading...

Berhati – hati Dgn Penyakit Kencing Tikus, Penting Utk Ketahui Faktor, Tanda, Rawatan Dan Langkah Pencegahan || Penyakit kencing tikus? Pernah dengar kan. Rasa kena share la jugak kisah utk perkongsian bersama dan supaya kita berhati – hati juga dgn penyakit kencing tikus. Terasa seram sejuk jugak bila dengar kisah betul – betul huu. Tiba – tiba pulak teringat baru -baru ini ada tonton rancangan 999, ada satu kes, pihak berkuasa pergi serbu restoran mamak tak silap, masuk dapur terus.

Tengok suasana dapur terus rasa macam nak termuntah. Kotor nya dapur. Tempat luar mkn nampak kemain bersih. Masuk dapur rasanya macam dah loya tekak. Kru 999 ada pergi dekat satu peti ini, dia buka peti sejuk dan dia cakap bau hancing kencing tikus, Atas tempat peti masuk tu, penuh t*** tikus. Lagi la loya tekakku huu. Tak blh nak bayangkan, kalau pelanggan hanya tahu mkn, tapi kebersihan di dapur tak terjaga. Malah lebih lagi blh menjadi bawaan penyakit atau pun wabak yg berpunca dr haiwan seperti tikus. Nasib baik, kat part tu video diblurkan.

faktor, tanda, rawatan dan langkah pencegahan utk penyakit kencing tikus

Dan satu lagi pihak berkuasa tanya, sebab ada nampak macam telur ayam bersusun dlm kotak kertas tu kan. Dia tanya pekerja, telur ni basuh tak sebelum guna, pekerja tu cakap tak basuh terus pecahkan masuk dlm kuali. Kalau korang ada tonton rancangan 999 yg lepas, korang blh tahu la berapa kotornya restoran tu. huu

Baru – baru ini, ada mendapat perkhabaran berita jiran dekat rumah masuk hospital kena tahan wad. Sampai satu tahap jiran tak sedarkan diri, dan dlm banyak hari juga doktor tak blh nak sahkan sakit apa. Virus dan masuk ke otak. Akhirnya doktor ambil peluang terakhir nak ambil air tulang belakang, sebab dah tak tahu sakit apa.

Selepas ambil air tulang belakang, baru tahu sebenarnya dah terkena penyakit kencing tikus. Alhamdulillah buat masa sekarang nampak makin baik, Abah ada pergi melawat kali kedua, jiran ada bagi tahu yg dia banyak mkn kat luar.Kemungkinan kat tempat dia mkn, mknan dah tercemar  Itu pun rasa salah satu sebab, penyakit kencing tikus.

Terasa seram jugaklah bila dengar pasal mkn kat luar tu, kadang- kadang faham jugak kekangan masa, lebih lagi yg bekerjaya bukan senang, memang mkn kat luar dah la kan. Sebenarnya penyebab sakit ni banyak sangat, bila dengar penyakit kencing tikus, gigih juga search cari nak tahu info lanjut pasal kencing tikus :(.

Terjumpa lah maklumat di laman web ini, Tolong ambil perhatian ya, jangan buat main – main dgn penyakit ini.

PENYAKIT KENCING TIKUS ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN LEPTOSPIROSIS

Penyakit kencing tikus
atau juga dikenali dgn nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit yg disebabkan oleh bakteria Leptospira yg disbarkan melalui haiwan. sekiranya tidak dirawat segera, penyakit ini blh merebak dan membawa maut. Bila dapat tahu bakteria ini bukan hanya datang dr tikus, maksudnya di sini, haiwan peliharaan atau liar juga blh menjadi perumah kepada bakteria ini. Seram pulak dengar huu.

Bakteria ini blh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

kencing tikus - Berhati - hati Dgn Penyakit Kencing Tikus, Penting Utk Ketahui Faktor, Tanda, Rawatan Dan Langkah Pencegahan


Faktor – Faktor Yg Blh Terjadinya Risiko Penyakit Kencing Tikus

1. Melakukan pekerjaan yg terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
2. Aktiviti rekreasi dlm air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
3. Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan utk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil mknan yg telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
4. Terdedah di tempat yg banjir dimana air kencing tikus tercemar di dlmnya, apabila terkena kulit yg luka, masuk dlm mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

Tanda/Gejala:

1. Masa pengeraman di antara 2 sehingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dgn demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
3. Batuk tidak berkahak
4. Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
5. Radang selaput mata.
6. Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pd peparu atau ruam.

Rawatan Yg Diberi: 

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi utk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yg rumit dan bermasalah.

Langkah Pencegahan:

1. Elakkan berkunjung ke kawasan yg ada air bertakung.
2. Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline blh mengurangkan risiko mendapat penyakit. Jika anda terkena simpton virus ini, sila ke hospital dgn segera.
3. Simpan mknan atau minuman dgn baik agar tidak dicemari.
4. Cuci tangan dgn sabun sebelum mkn.
5. Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yg terbuka.
6. Utk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yg mempunyai risiko yg tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sbgnya.
7. Menjaga kebersihan sekeliling, sediakan tempat membuang sampah yg bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yg telah dicemari.

Semoga berhati – hati dgn penyakit kencing tikus, kalau melibatkan tempat mkn atau mknan yg tercemar ni, kadang- kadang kita kurang ambil berat. apatah lagi sekarang ni banyak tempat rekreasi yg menjadi perhatian para pengunjung. Lagi satu, yg mknan dlm tin. Pastikan basuh la dulu tin tersebut sebelum buka. Tin mknan yg disimpan dlm stor kemungkinan ada terkena atau mejadi laluan tikus, kita pun mana tahu kan.

Semoga info ini bermanfaat risau sebab terlalu banyak kes yg melibatkan mknan yg tercemar.

Sumber : SINI

Loading...

Tags: #Berhati #Faktor #Hati #Kencing #Ketahui #langkah #Pencegahan #penting #Penyakit #Rawatan #Tanda #Tikus

author
Author: 
    Barbie Kumalasari Ngaku Tarif Endorse nya Ratusan Juta, Netizen: Siapa yg Mau Bayar?
    slidegossip.com – Barbie Kumalasari seolah tak ada hentinya membuat sensasi. Setelah heboh dgn
    Lucinta Luna Dimaki-Maki Raffi Ahmad Sampai Nangis Gara-Gara Rambutan! Settingan?
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Raffi Ahmad dan Lucinta Luna. Seperti dilansir
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr

    Leave a reply "Berhati – hati Dgn Penyakit Kencing Tikus, Penting Utk Ketahui Faktor, Tanda, Rawatan Dan Langkah Pencegahan"