Dua set telefon pintar dan bibir silikon yg dapat menyampaikan rasa ciuman pasangan anda walau ribuan kilometer jauhnya. — Foto ihsan laman web Kissinger
LONDON, 25 Dis — Hanya menggunakan telefon, tidak lama lagi kita blh berasa lembutnya kucupan bibir pasangan kita walau masing-masing terpisah beribu-ribu kilometer jauhnya.
Teknologi “Kissinger”, gabungan kata ciuman (kiss) dan pembawa mesej (messenger) tanpa talian, sedang dibangunkan utk menyampaikan pengalaman cinta itu di bibir pasangan anda.

Perisian program ini mengesan dan merekod tekanan pd bibir anda sebelum dikirim kepada telefon pasangan anda, di mana jua asalkan ada talian telefon, lapor Daily Mail.
Dalam persidangan Kongres Antarabangsa Mengenai Cinta dan Seks dgn Robot di Universiti Goldsmiths di sini, teknologi itu ditunjukkan seorang pelajar ijazah kedoktoran.
Menurut laman web projek ini di City University London, alat penderia yg sangat peka yg diletak di bawah bibir silikon mengesan daya tekanan bibir seseorang ketika mengucupnya.

Alat ini mengirim data kucupan tersebut melalui telefon pintar dlm masa nyata, yg kemudian ditukar menjadi daya gerak pd bibir silikon pasangannya.
“Kissinger membolehkan interaksi dua hala, macam ciuman sebenar. Anda dapat rasa kucupan pasangan anda di bibir apabila dia membalas ciuman itu,” jelas projek tersebut.
Protaip pertama perisian dan alatan kucupan maya ini sedang dibangunkan utk telefon aplikasi iOS.
http://www.themalaymailonline.com/pr…efon-ini-video __________________

Tags: #Batu #Bercumbu #Beribu #bersama #Jauh #Kekasih #Pasangan #Walaupun