Berak Kat Pantai Menyalahi Undang-Undang Kata Polis.

Polis daerah ini memandang berat maklumat yg tular di media sosial mengenai perbuatan seorang pelancong asing wanita didakwa buang air besar di pantai Batu 5 di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, perbuatan itu jika benar berlaku merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Kami maklum mengenai maklumat yg tular tersebut, tetapi tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung insiden itu setakat ini.

“Kami minta sesiapa yg mempunyai maklumat supaya tampil menyalurkannya kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.
 

Berak2 1 - Berak Kat Pantai Menyalahi Undang-Undang Kata Polis.

Berak - Berak Kat Pantai Menyalahi Undang-Undang Kata Polis.

Berak3 - Berak Kat Pantai Menyalahi Undang-Undang Kata Polis.

Berak4 - Berak Kat Pantai Menyalahi Undang-Undang Kata Polis.

 
Aidi Sham berkata, orang ramai yg berkunjung ke Port Dickson diminta menghormati sensitiviti masyarakat setempat dan menjaga kebersihan daerah ini.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yg melihat berlaku perlakuan tidak senonoh di Port Dickson supaya segera melaporkannya kepada pihak polis utk diambil tindakan.

Kelmarin, seorang pengguna Facebook memuat naik gambar didakwa memaparkan seorang pelancong asing wanita didakwa dr China buang air besar di pantai Batu 5.

Gambar itu menerima kecaman netizen Malaysia yg menyifatkan perbuatan tersebut sbg menjijikkan dan tidak menghormati pengunjung lain pantai tersebut.

Sumber : Kosmo Online

Loading...

Tags: #'Polis #Berak #Kata #Menyalahi #Pantai #Undangundang

author
Author: 
    Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2019
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yg berkelayakan, berpotensi,
    Lunch di Black Canyon Coffee
    Lunch di Black Canyon Coffee | Kawan-kawan dekat opis ni dah tahu yg
    Slot Akasia: 30 Pesanan Suara
    Salam. Gandingan Hannah Delisa dan Shukri Yahya serta Sharul Ridwan akan datang di
    Game Online Streaming PlayStation Exclusive
    Game Online Streaming Percuma Twitch.com  dan Parsecgaming.com merupakan “Game Online Streaming” permainan menawarkan

    Comments are closed.