Bepang Badam @ Crunchy Caramel Almond Paling Rangup , 15 Minit Dah Siap…

Untitled design 8 4 1 - Bepang Badam @ Crunchy Caramel Almond Paling Rangup , 15 Minit Dah Siap…

Ni snek paling sekejap buatnya. Rangup dan manis dgn badam, kuaci dan bijan bersama tepung florenta memang laris kalau buat jualan ni. Kraap…krupp mengunyahnya.

Untitled design 7 10 - Bepang Badam @ Crunchy Caramel Almond Paling Rangup , 15 Minit Dah Siap…

Badam dan kuaci dibakar dulu. Kemudian dah sejuk baru gaul dgn tepung florenta. Kalau takde tepung ni tak sempurna bepang badam ni.

Tepung florenta ni harganya mahal sikit sebab itu lah dijual dlm gram. 500gm kat hampirr RM19 harganya. Tepung atau serbuk ni lah yg melekatkan hirisan badam, kuaci dan bijan tu.

Jom cuba resipi yg dikongsikan di laman FB : Masa apa ye ?. Tapi ingat masa buat ni jangan leka sebab ia cepat masak.Ok ni resepinya:

CRUNCHY CARAMEL ALMOND

Untitled design 5 8 - Bepang Badam @ Crunchy Caramel Almond Paling Rangup , 15 Minit Dah Siap…

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm serbuk @ tepung  florenta 
  • 500gm hirisan badam
  • 200gm kuaci hijau (biji labu)
  • 100gm kuaci putih ( biji bunga matahari)
  • 20gm bijan putih
  • 20gm bijan hitam

*Gunakan kertas cup cake yg licin dlmnya, size L (ada lapisan plastic biasanya bercorak polka dot. Blh guna 60 keping.Senang nanti blh isi byk-banyak dulu.

CARA MEMASAK :

  1. Bakar hirisan badam dlm dulang pembakar, ratakan. Bakar pd suhu 160c selama 5minit. 
  2. Kemudian bakar kuaci hijau dan putih campurkan dan ratakan dlm dulang dlm 5minit.
  3. Bijan hitam dan putih pun saya bakar 3 minit bg wangi.
  4. Sejukkan semua betul-betul dan campur semua dlm satu bekas bersama serbuk florenta.
Untitled design 6 5 2 - Bepang Badam @ Crunchy Caramel Almond Paling Rangup , 15 Minit Dah Siap…

Foto : Bila dapur busu berasap

5. Gaul sehingga sama rata.

6. Sudukan guna sudu besar ke dlm kertas cup cake ratakan. Tak nipis dan tak terlalu tebal

Untitled design 1 8 - Bepang Badam @ Crunchy Caramel Almond Paling Rangup , 15 Minit Dah Siap…

7. Bakar selama 15 minit suhu 160c. Semua oven tak sama, jadi bakar ygg pertama tu rajin-rajin tengok, bila dah kekuningan keluarkan dr oven. 

8. Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu dan mudah je tanggalkan. Kertas cup cake blh guna semula utk round seterusnya.

9. Simpan dlm bekas kedap udara. 

10. Selesai semua blh simpan dan guna semula kertas cup cake tu..

Untitled design 3 11 - Bepang Badam @ Crunchy Caramel Almond Paling Rangup , 15 Minit Dah Siap…

Ni dia tepung florenta.. ada mcm-macam jenama

Buat jualan utk puasa nanti, pasti laku keras…

Sumber : FB : Masak apa ye ?


Loading...

Tags: #Almond #Badam #Bepang #Caramel #Crunchy #MINIT #Paling #RANGUP #Siap

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Bepang Badam @ Crunchy Caramel Almond Paling Rangup , 15 Minit Dah Siap…"