BEN ASHAARI 42 HARI INI, SELAMAT HARI LAHIR

Loading...

Ben 1 - BEN ASHAARI 42 HARI INI, SELAMAT HARI LAHIR
Salam semua buat pembaca blog tiffinbiru. Seperti biasa bila masuk 30hb November. maka bertambahlah usia jiran pakcik, Ben Ashaari. Thn ni masuk 42 usia dia, alhamdulillah….Hurmm, sebenarnyakan tak tau lah apa nak tulis, sebab benda yg sama kan, takkan nak ucapkan selamat pengantin baru pulak, ada kang Ben tersangkut kat tempat sidai baju, orang rumah dia campak….hahaha. Maka marilah pakcik kau bercerita serba sedikit pasal Ben Ashaari yg pakcik kenal selama 10+ thn ni…

Siapa Ben Ashaari ni? Kurang lebih 10 thn dulu, memang pakcik tak kenal dia, tapi isteri Ben, Zila selalu skodeng resipi kat blog pakcik (terima kasih Zila). Masa pertama kali pakcik singgah blog Ben, dan baca cerita2 dia tulis, ibarat kita baca cerpen, panjang weyyy!! Tapi dia ni pandai menulis, dan banyak idea. Hakikat sebenar orangnya tak banyak bicara, ‘bisu’, dah lah bisu, kurang perbendaharaan kata pulak tu. haishh, dah tebiat dia macam tu kan, tak blh nak oberhal lagi. Dan dipendekkan cerita, kita orang pun kenal. Pertama kalinya mereka suami isteri datang ke pondok pakcik di Sedenak, tu jam Qhaliff, Zahra dan Aarizz masih kat planet lain lagi, belum sampai bumi. 
Alhamdulillah sampai ke sekarang ni pakcik dan Ben Ashaari masih bersahabat, walaupun masing2 dah sibuk. Satu lagi, sapa kata kalau kita tak sekepala, tak blh jadi kawan? Silap tu, contohnya pakcik dgn ben, kita orang ada masa tak sama pendapat, dan sapa kata pakcik dgn ben tak pernah bertekak, pernah lahh wakkk, jangan tak tau. Tapi kami masih ok, masih blh move on….Yang penting kita kena ingat, apa tujuan kita bersahabat dan satu lagi kena terima seadanya kelebihan dan kekurangan sahabat kita tu, jangan simpan hasat dengki, tu palinh penting….Gitulah serba ringkasnya, kang kalau nak cerita lagi sampai 2019 tak habis…

Akhir kalam, pakcik doakan Ben Ashaari dipanjangkan usia, diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan kehidupan seharian dan dirahmati Allah swt sentiasa. Terima kasih ben atas segala2nya, in sha Allah kita akan bersahabat selagi hayat dikandung badan. Selamat hari lahir Salbani Bin Ashaari….
Loading...

Tags: #ASHAARI #Hari #Lahir #Selamat

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "BEN ASHAARI 42 HARI INI, SELAMAT HARI LAHIR"