Begedil Sardine Yeo’s

3Y2A0334 1 - Begedil Sardine Yeo's

Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yg bujang pening kepala nak masak apa yg mudah kan? Balik kerja kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan utk menyediakan juadah yg berbaloi utk di mkn buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan mknan yg sedap dan paling penting sihat. Jadi utk memastikan kita semua mendapat yg #terbaikramadan, jom cuba resepi mudah dgn hanya tiga sehingga empat langkah sahaja.


Berbuka puasa kali ini ita sempat sediakan begedil sardin yg menggunakan sardin dlm tin keluaran Yeo’s. Sedap tau sardin Yeos ni kawan-kawan.. ikan sardinnya banyak dan kental pulak tu.. tak hancur dan sesuailah utk kita yg kekurangan masa nak memasak.

Biasanya ita buat begedil guna ayam atau daging, tapi malas nak tunggu daging empuk atas dapur.. nak keluarkan ayam yg beku dlm peti ais.. malas nak keluar ke market nak beli daging cincang.. jalan yg mudah apalagi sardin Yeos lah penyelamat.. mudah aje semudah abc. Sekelip mata dah jadi hidangan yg sedap dan lazat. Terima kasih Yeos yg membuatkan tugasan memasak ita menjadi semakin mudah dan ringkas.

Kawan-kawan, begedil sardin yeo’s  ni blh mkn macam tu je.. yg lagi sedap cicah dgn sos . Blh juga di mkn bersama nasi goreng atau sbg penambah selera utk setiap hidangan. Kalau susah-susah nak masak.. cari sardin yeo’s mudah.. sangat  buka tin panaskan dah blh menjamu selera.



BEGEDIL SARDIN YEO’S

1 tin Sardin Yeo’s ~ asingkan kuah dan isi ikan
* buangkan tulang tengah ikan dan penyek-penyek bagi hancur – ketepikan
1 biji kentang, kupas kulit dan hiris bulat nipis
* kemudian di goreng


2 ulas bawang merah ~ di hiris
1 ulas bawang putih ~ di hiris
* kemudian goreng bawang merah dan bawang puh sehingga keemasan, angkat dan toskan
1 batang lada merah ~ di cincang
2 tangkai cili padi ~ cincang
daun bawang ~ cincang
garam secukup rasa
1 biji telur

3Y2A0205 - Begedil Sardine Yeo's


Kentang yg telah di goreng di lenyek
Masukkan ikan sardin Yeo’s yg telah di lenyek
Masukkan bawang goreng, daun bawang, lada dan cili pd, sos ikan sardin yeo’s dan garam secukup rasa
Gaul semua bahan sebati

3Y2A0224 - Begedil Sardine Yeo's


Bulat-bulatkan
Kemudian celupkan dlm telur yg telah di kocok sebentar
Goreng dlm minyak yg sedikit sehingga kuning keemasan
Angkat dan hidagkan bersama sos cili dan minuman segar Yeo’s




3Y2A1816 - Begedil Sardine Yeo's


Loading...

Tags: #Begedil #Sardine #Yeos

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Begedil Sardine Yeo’s"