Bayar Saman JPJ Di JPJ Shah Alam

Loading...

000 9 - Bayar Saman JPJ Di JPJ Shah Alam


Assalamualaikum guys,


Geleng kepala bila housemate bagitau kena saman dgn JPJ kat tol LDP hentian Sunway. Mungkin nasib dia tak baik kena pass by roadblock JPJ time otw balik rumah. Btw si housemate ni tak ada lesen motor tapi ada lesen kereta je. Kebetulan awal bulan Febuari lepas BBL balik kampung, so dia gunalah motor sebab ada hal kat Sunway Piramid tu. 

Dapat 2 Jenis Saman
Bila dah kena tahan memang confirm-confirm pegawai JPJ tak let go macam tu. Dapatlah surat cinta JPJ. Yg sedihnya dia dapat saman, motor BBL pun dapat saman atas kesalahan memberi orang lain bawa motor tanpa lesen sah. Kena bayar saman RM100 setiap kesalahan.

photo 2019 02 21 18 08 59 - Bayar Saman JPJ Di JPJ Shah Alam
– resit saman – 

photo 2019 02 21 18 08 57 - Bayar Saman JPJ Di JPJ Shah Alam
– setel bayar 2 saman RM100 –

Hari ini BBL free, terus pergi bayar kat kaunter JPJ cawangan Shah Alam area Pdng Jawa sebelah Puspakom Shah Alam. Blh rujuk Google Map bawah. Nasib baik dekat dgn seksyen 7 tu. 



Kaunter bayaran saman JPJ nie kat blok belakang sebelah bangunan utama, bahagian penguatkuasa. Kalu korang nak bayar saman JPJ kat sini, terus datang building ni. Waktu datang jam 1.50 tengahari macam tu ada kaunter yg buka waktu break lunch hour. Tunjuk je kertas saman dan pegawai JPJ akan key in. So kena bayar RM200 utk clear nama. Kalu tak, kena naik mahkamah..tak kuasa eh nak tangguh saman. Better bayar je baru hati senang. 

photo 2019 02 21 18 08 54 - Bayar Saman JPJ Di JPJ Shah Alam
 – kat parking kereta / motor nampak bangunan utama JPJ, korang pergi belah kiri hujung building
photo 2019 02 21 18 09 04 - Bayar Saman JPJ Di JPJ Shah Alam
photo 2019 02 21 18 09 01 - Bayar Saman JPJ Di JPJ Shah Alam

– saman tu kena bayar kat department ni –

Incase korang alami saman sama seperti saya contohnya bagi pinjam adik, housemate atau kawan yg tak ada lesen motor sah dan kena saman dgn JPJ make sure korang check betul-betul saman kat kaunter. Satu saman atas nama pesalah (yang tak ada lesen) & satu lagi saman atas nama kita sbg pemilik motor. Nah dua-dua kena denda. 

Sebelum tu korang blh check saman kat portal JPJ. Biasanya lepas 5 minit bayar saman, clear saman anda dlm website JPJ ni.. lega hati. 
👇🏾
check saman JPJ – www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman

Erm..terbang RM200. Blh tahan banyak dua ratus kalu bawa pergi jalan-jalan Langkawi atau shopping baju baru. Nasib oh nasib..
Loading...

Tags: #Alam #Bayar #Saman #Shah

author
Author: 
    Wujud sistem satu sekolah, ketepi perkara remeh – PPBM
    Imej hiasan PETALING JAYA: Seorang pemimpin PPBM hari ini mencadangkan supaya kerajaanmewujudkan sistem
    Ternyata Sosok Ini yg Meminta Cut Meyriska dan Roger Danuarta Nikah di Medan!
    slidegossip.com – Akhirnya terungkap alasan pernikahan Cut Meyriska dan Roger Danuarta digelar di
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk

    Leave a reply "Bayar Saman JPJ Di JPJ Shah Alam"