Bawa Isteri Pergi Salon Pun Kira Tunaikan Nafkah Batin Buat Isteri

Loading...

salon 3 29 51 417085 1024x768 1 - Bawa Isteri Pergi Salon Pun Kira Tunaikan Nafkah Batin Buat Isteri
Menikahi seseorang wanita bermakna tanggungjawab seorang lelaki sbg suami dlm menyediakan segala keperluan asas yg wajib ke atas isterinya. Selain tempat tinggal, pakaian, mknan dan keperluan, suami juga ‘wajib’ menggembirakan hati isteri.

Sebenarnya tak susahkan hendak senangkan hati isteri. Kadang-kadang perkara yg ‘simple’ pun blh memberikan kesan yg sangat baik pd kerukunan rumah tangga. Sesungguhnya menggembirakan hati isteri itu memurahkan lagi rezeki si suami.

Seperti perkongsian Akhtar Syamir ini. Mungkin nampak remeh sahaja bukan? Tapi natijahnya, si isteri akan tersenyum bahagia.

Menunaikan nafkah batin buat isteri. Lagi 45 minit utk pergi kerja dan saya masih di sini. Di dlm kereta bersama Akbar dan Daisy. Akbar duduk di belakang, bermain dan Daisy yg tadinya tidur, sudah mula tersengih-sengih. Isteri saya Nora Azni sedang berada di dlm Salun sambil ditemani anak sulung kami, Jasmine.

“Nafkah batin apa kau merepek ni?”. Soalan yg bakal terpancar di benak hati lelaki berstatus suami yg hanya ingat nafkah batin itu hanyalah seks semata-mata.

Definisi Batin : 1. (dlm) hati, perasaan dlm hati ( http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=batin ).

Menunaikan, memberi, merealisasikan, melayan apa yg tersimpan di dlm hati isteri blh dikatakan amat tepat utk menghuraikan maksud menunaikan nafkah batin.

KESILAPAN YANG PERLU DIPERBETULKAN

Itu je? Seksnya mana? Seks hanya salah satu dr perasaan di dlm hati isteri. Jangan angkat dia sbg yg paling utama sedangkan di dlm hati dan perasaan isteri ini ada byk lagi. Inilah kesilapan yg kita perlu sedar dan betulkan.

Kenapa ke Salun ini menjadi nafkah batin? Kerana sbg suami, kita harus mendengar hati kecil isteri. Bangun dr tidur tadi isteri saya cakap dia nak gunting rambut. Saya bertanyakan kepastian dia dan dia cakap betul, dia nak gunting rambut. Saya terus setuju dan dlm 30 minit, kami sudah dlm kereta menuju ke Salun.

Kenapa saya tak fikir panjang? Sebab dia dah bgtau byk kali dah secara tidak langsung. Dari menunjukkan rambut yg gugur, hujung rambut yg rosak dan lain-lain cara lagi. Bermakna, benda ni telah lama bermain di fikirannya. Kita hanya perlu buka mata dan dengar.

Mula-mula dia hanya nak potong dan cuci. Saya minta dia buat treatment sekali. Kena ingat ya, rambut wanita ini terutamanya yg panjang, kena buat treatment. Penjagaan dia tak sama mcm rambut lelaki yg pendek. Jadi saya berharap sangat jangan ada orang pandang remeh bab ni.

Tak sempat kot katanya nak buat treatment sekali. Takpelah kalau mcm tu. Kami bertiga pun tunggu dlm kereta sambil layan Cocomelon di Youtube. Hampir sejam berlalu, saya pasti yg dia dpt buat treatment sekali. Seketika kemudian, mereka berdua pun keluar dr Salun dgn penuh senyuman.

SENYUM MANIS TANDA ISTERI GEMBIRA

Itu sudah cukup buat saya rasa berbaloi menunaikan nafkah batin buat si dia. Isteri yg senyum manis adalah isteri yg gembira. Dan isteri yg gembira bakal membuatkan keluarga yg gembira. Kena percaya ayat ini.

Alhamdulillah, semasa dlm perjalanan pulang, hampir kesemua lampu isyarat lampunya hijau dan saya pun tidak lewat ke tempat kerja. Sangat dipermudahkan.

Jadi, adakah membawa isteri ke Salun termasuk dlm memberi atau menunaikan nafkah batin buat isteri? Sudah semestinya ya.
Tak sampai seratus pun. Setahun sekali pun takpe. Blh buat kat Salun mesra Muslimah mcm ni. Siap ada bilik yg bertutup khas, buat yg bertudung.

Semoga dpt mendetikkan niat dan memberi manfaat. Silalah berkongsi penulisan ini supaya lebih ramai yg sedar bahawa nafkah batin itu bukan hanya seks semata-mata.

Soalan buat si isteri, bila kali terakhir anda buat treatment? Jika ada, blh kongsi buat kat mana?

Buat si suami, jika tak pernah dengar pasal treatment rambut, bawa isteri anda ke Salun terus. Mereka amat memerlukannya.

Sumber kredit: Akhtar Syamir

The post Bawa Isteri Pergi Salon Pun Kira Tunaikan Nafkah Batin Buat Isteri appeared first on Islam Itu Indah.

Loading...

Tags: #Batin #Bawa #Buat #Isteri #Kira #Nafkah #Pergi #Salon #Tunaikan

author
Author: 
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr
    Tips Pilih Tilam Yg Betul Utk Masalah Tulang Belakang
    Assalamualaikum… Tidur tu satu nikmat. Lagi-lagi lps satu hari suntuk kerja atau buat aktiviti
    Pengenalan Guru Nadi Negara angkat martabat guru – Maszlee
    Malah, kata beliau, KPM akan turun pdng ke setiap negeri di Malaysia utk

    Comments are closed.