Batu Nisan Arwah Tokwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera
IMG 20190414 161053 1 - Batu Nisan Arwah Tokwan
Apa khabar semua? Baiklah, utk entri kali ini aku nak cerita tentang proses meletakkan batu nisan pd kubur arwah Tokwan aku. Seperti yg aku pernah cerita dlm entri sebelum ini, [KLIK SINI],  arwah tokwan aku baru meninggal dunia pd 17 MAC 2019, iaitu hampir sebulan yg lalu.
Keluarga aku telah menempah batu nisan pd minggu lalu, dimana ketika itu aku berada di Kajang, Selangor. Jadi, setelah aku pulang, batu nisan telah siap dan blh diletakkan pd kubur.

IMG 20190414 160412 - Batu Nisan Arwah Tokwan
Suasana di kawasan perkuburan, cuaca ketika itu hampir nak hujan. Jadi kami agak kelam kabut sebenarnya mengejar masa. Aku belajar benda baharu iaitu batu nisan utk lelaki dan wanita berbeza dr segi rupa.
IMG 20190414 160402 - Batu Nisan Arwah Tokwan

Inilah keadaan kubur arwah tokwan aku sebelum diletakkan batu nisan. Pokok yg ditanam telah layu. Jadi, aku dan ayah aku terus mengorek tanah sedikit kemudian meletakkan batu nisan pd tempatnya.
IMG 20190414 161027 - Batu Nisan Arwah Tokwan

  IMG 20190414 160700 - Batu Nisan Arwah Tokwan
Inilah hasilnya selepas mengorek sedikit bahagian tanah tersebut kemudian pdtkan tanah di sekeliling batu nisan tersebut. Di batu nisan tersebut terdapat nama, tarikh kelahiran, tarikh meninggal dunia dan juga umur ketika meninggal dunia.
Itu sahaja yg blh dikongsi sehingga kini. Walaupun sudah hampir sebulan, tetapi aku masih merasakan ianya seakan-akan baru lagi terjadi. Semoga arwah tokwan aku ditempatkan Bersama orang-orang beriman. Aminn.
Al- Fatihah
Loading...

Tags: #Arwah #Batu #nisan #Tokwan

author
Author: 
    Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2019
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yg berkelayakan, berpotensi,
    Lunch di Black Canyon Coffee
    Lunch di Black Canyon Coffee | Kawan-kawan dekat opis ni dah tahu yg
    Slot Akasia: 30 Pesanan Suara
    Salam. Gandingan Hannah Delisa dan Shukri Yahya serta Sharul Ridwan akan datang di
    Game Online Streaming PlayStation Exclusive
    Game Online Streaming Percuma Twitch.com  dan Parsecgaming.com merupakan “Game Online Streaming” permainan menawarkan

    Comments are closed.