Basikal Percuma Utk Kanak2 Rajin Bersolat, Masjid Mahmudi Dipuji Netizens.

Loading...

Nampaknya tindakan AJK Masjid Mahmudi yg memberikan hadiah basikal percuma kepada kanak-kanak yg rajin ke masjid setiap hari selama sebulan mendapat pujian netizens.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kanak-kanak berusia 10 sehingga 12 thn yg hadir ke Masjid Mahmudi, Bachok setiap hari selama sebulan akan mendapat basikal secara percuma.
 

Basikal 1 - Basikal Percuma Utk Kanak2 Rajin Bersolat, Masjid Mahmudi Dipuji Netizens.

 
Inisiatif itu bertujuan utk menggalakkan kanak-kanak hadir ke masjid sepanjang Ramadan ini.

Imam tua masjid berkenaan, Baharin Yusoff berkata, inisiatif itu sudah dibuat sejak thn lalu dgn kanak-kanak yg hadir ke masjid itu akan mendaftarkan nama mereka bg menunaikan tiga waktu solat ditetapkan.

“Mereka yg hadir penuh bg menunaikan solat Subuh, Maghrib dan Isyak kita akan bg sebuah basikal seorang.

“Memang pd mulanya mereka mungkin datang sebab nak basikal, tapi lama-kelamaan timbul minat mereka suka datang ke masjid utk beribadat,” katanya, memetik laporan Harian Metro hari ini.

Baharin turut menambah, lebih 100 kanak-kanak hadir ke masjid itu bg solat tarawih, namun 15 drpadanya berjaya hadir di tiga waktu solat ditetapkan.

“Tiada had pemenang kalau 10 kanak-kanak cukup tiga waktu itu, mereka semua akan diberi basikal malah thn ini kita juga beri hadiah kepada orang tua paling cergas dan paling byk hadir solat tarawih,”
jelasnya.

Tindakan yg dilakukan oleh masjid itu mendapat pujian rata-rata netizens.

Masjid - Basikal Percuma Utk Kanak2 Rajin Bersolat, Masjid Mahmudi Dipuji Netizens.

Meskipun ada segilintir yg memberikan reaksi negatif tetapi ramai beranggapan masjid sepatutnya memainkan peranan seperti ini dgn lebih kerap lagi bg menarik minat orang ramai terutamanya anak muda utk ke masjid.

Seperti;

👉 Perpustakaan mini

👉 Tempat bersembang/santai

👉 Tidak menghalang kanak-kanak dr bergembira di kawasan masjid

👉 Menyediakan satu kawasan utk anak kecil bawah 4 thn bermain semasa ibu bapa bersolat terutamanya solat terawikh (untuk rekod, beberapa masjid sudah melaksanakan inisiatif seperti ini)

👉 Food bank fakir miskin

👉 Kem cuti sekolah

👉 Kem wanita dan kekeluargaan

👉 Kelas mengaji percuma

👉 Kelas tuisyen percuma (UPSR, PT3, SPM)

Modenisasi menyebabkan masyarakat tidak lagi mahu memandang masjid sbg tempat utk bersolat semata-mata.

Mereka berharap disamping menjadikan masjid sbg produk pelancongan, kerajaan perlu ada usaha utk mengalakkan lebih ramai umat Islam berjemaah, melepak, bersantai dan mendengar kuliah di dlm masjid, tidak terhad dlm waktu bln Ramadhan semata-mata. – 9 Mei 2019.

Loading...

Tags: #Basikal #Bersolat #Dipuji #Kanak2 #Mahmudi #Masjid #Netizens #PERCUMA #rajin

author
Author: 
    [Video] Tular di media sosial, kenali insan istimewa ini secara lebih dekat
    Luar biasa. Walaupun dilahirkan tanpa tangan, Puan Nor Farrah Syahirah Shah Ikon Inspirasi
    Kementerian Pendidikan digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
    SHAH ALAM – Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
    Katanya Berseteru, Atta Halilintar dan Bebby Fey Tertangkap Basah Lagi Dugem di Klub Malam!
    slidegossip.com – Sudah bukan rahasia umum lagi kalau Atta Halilintar dan Bebby Fey
    Jadi Sarang Hantu, Anang Hermansyah Ingin Jual Rumahnya Seharga Puluhan Miliar?
    slidegossip.com – Rumah yg ditempati Anang Hermansyah dan Ashanty bersama anak-anak mereka yg

    Comments are closed.