Banyak perlu dibaiki utk hebatkan semula sekolah kebangsaan – Prof. Teo Kok Seong

teo kok seong facebook 16010219 1 - Banyak perlu dibaiki utk hebatkan semula sekolah kebangsaan - Prof. Teo Kok Seong

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik menyenaraikan beberapa isu kepada Putrajaya utk ditangani jika ia mahu meningkatkan standard sekolah kebangsaan, selepas perdana menteri berikrar menjadikan sekolah itu hebat semula.

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Teo Kok Seong berkata, yg pertama dlm senarai itu adalah menangani pandangan bertentangan ibu bapa berhubung beberapa isu sensitif.

“Sesetengah ibu bapa Melayu dan bukan Melayu mengatakan sekolah kebangsaan terlalu Islam. Kami juga mempunyai kumpulan lain yg mengatakan sekolah kebangsaan tidak cukup Islam,” katanya kepada FMT.

Beliau mencadangkan kerajaan sama ada menghapuskan sekolah Cina, Tamil dan Islam, atau menjadikan sekolah kebangsaan begitu menarik sehingga menjadi pilihan pertama bg semua ibu bapa.

Teo mengakui menghapuskan sekolah vernakular mungkin tidak diterima masyarakat Cina khususnya, tetapi mengatakan beliau “bercakap benar demi perpaduan di negara ini”.

Setelah mengadakan forum di Kuala Lumpur dan Sabah pd 2015, Teo berkata ibu bapa yg menghadiri pertemuan itu memberitahunya, mereka mahu guru besar sekolah dilantik berdasarkan dedikasi mereka.

“Ibu bapa tidak peduli dgn keturunan guru besar. Mereka hanya mahu guru besar yg mampu menjadikan sekolah itu lebih hebat dan kurang Islamik,” tambahnya.

Teo berkata beliau telah mengumpulkan maklum balas ibu bapa tentang mengapa mereka tidak menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan, dan laporan itu akan dihantar kepada Kementerian Pendidikan.

Tetapi, katanya, apabila laporan rasmi diterbitkan oleh pentadbiran terdahulu, Kementerian Pendidikan hanya menyenaraikan 2 aduan: masalah disiplin dan infrastruktur yg kurang baik di sekolah.

“Tidak ada yg menyebut tentang agama atau sekolah yg dikendalikan oleh mereka yg tidak berdedikasi,” katanya.

Beliau menyuarakan harapan agar kerajaan sekarang tidak mengabaikan isu tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bg Pendidikan (PAGE), Tunku Munawirah Putra berkata peranan pendidikan adalah menyediakan pelajar utk berdepan cabaran Industri 4.0.

“Kita perlu mengambil kira keadaan semasa dlm sistem pendidikan kita, memberi keutamaan dan memperbaiki kelemahan kita dan bagaimana utk mencapainya,” katanya.

Beliau juga menggesa kajian semula kurikulum dan sukatan pelajaran, dan kerajaan menghapuskan unsur yg tidak lagi sesuai, dan menambah persekolahan harus kurang fokus pd peperiksaan.

Munawirah berkata kerajaan perlu menubuhkan sekolah menggunakan bahasa Inggeris utk menghasilkan guru bahasa Inggeris yg mencukupi.

Beliau mencadangkan semakan semula program latihan guru, sambil menambah harus ada akauntabiliti dan sifar toleransi terhadap ketidakhadiran dlm kalangan guru.

“Bagi guru yg sedia ada, pastikan pembangunan profesional yg berterusan distruktur, penuh azam dan berkesan.”

Beliau juga menggesa pihak berkuasa mengawal idea ketuanan agama yg menular ke sekolah, mengatakan sekolah kebangsaan harus menjadi landasan perpaduan di negara ini.

Sumber: Free Malaysia Today


Loading...

Tags: #Banyak #dibaiki #hebatkan #kebangsaan #Perlu #Prof. #Sekolah #Semula #Seong

author
Author: 
    Suami Akhirnya Bisa Hamil, Model Cantik Ini Bahagia Menanti Kelahiran Anak Pertama!
    slidegossip.com – Kisah pasangan ini mungkin bisa dibilang unik dan jarang terjadi di
    Kisah Pelacur Cantik yg Menikah Dgn Kyai! Saking Cintanya, Sang Kyai Rela Antar Jemput Istrinya Jual Diri!
    slidegossip.com – Meski byk yg sudah bertaubat, namun profesi pelacur nyatanya tak bisa
    Ternyata Istri yg Kunikahi Sudah Hamil Duluan Karena Berzina Dgn Mantan Pacarnya! Apakah Aku Ikut Berdosa?
    slidegossip.com – Peristiwa yg jarang terjadi ini dialami oleh seorang pria baik hati.
    Walikota Cantik Ini Ternyata Mantan PSK! Jadi PSK Sejak Umur 11 Thn, Kini Dpt Gaji Rp 30 Juta Per-Bulan!
    slidegossip.com – Siapapun berhak utk berubah dan siapapun berhak utk merubah keadaan orang-orang

    Leave a reply "Banyak perlu dibaiki utk hebatkan semula sekolah kebangsaan – Prof. Teo Kok Seong"