
Bilakah tarikh pembayaran “Bantuan Sara Hidup” BSH 2019?
Dulu dikenali sbg Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ketika pemerintahan kerajaan terdahulu iaitu Parti Barisan Nasional (BN) dan kini ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH).
Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat golongan B40 dgn penambahbaikan terhadap pemberian bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019.
Kerajaan komited utk mengkaji semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa supaya selaras dgn peningkatan kos sara hidup rakyat dan akan menambah baik model PGK dgn mengambil kira perubahan corak penggunaan mengikut geografi dan demografi.

Ketika pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, di bawah program tersebut, isi rumah berpendapatan blnan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000 dan isi rumah berpendapatan blnan dr RM2,001 sehingga RM3,000 akan menerima bantuan RM750.
BSH sebanyak RM500 juga akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan dr RM3,001 sehingga RM4,000, menurut maklumat tersebut.

Sebagai penambahbaikan, beliau berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 utk setiap anak berumur 18 thn ke bawah terhad kepada empat anak, kecuali anak kurang upaya yg tidak dihadkan umur mereka.
“Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan blnan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat anak, maka jumlah BSH yg akan diterimah sebanyak RM1,480. Ini lebih byk drpada jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada sebanyak RM1,200,”. Betul tak?

Nota: KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP ANDA klik disini ATAU CETAK MAKLUMAT BORANG BSR disini, LAYARI LAMAN WEB LHDN klik sini.
Tags: #2019/ #Bantuan #Hidup #Malaysia #Rakyat #Sara