Bank Negara ‘terlepas pandang’ punca syarat tambahan moratorium dikenakan

building BNM resized 1 - Bank Negara 'terlepas pandang' punca syarat tambahan moratorium dikenakan

Perubahan terbaru prosedur utk mendapatkan moratorium pinjaman selama enam bln bg perjanjian sewa beli nampaknya berlaku disebabkan oleh “kealpaan” Bank Negara.

Ekoran pengumuman mengenai moratoria “automatik” terhadap semua pembayaran pinjaman dan pembiayaan pd 25 Mac lalu, Bank Negara hari ini mengumumkan bahawa dokumentasi tambahan diperlukan utk menangguhkan pembayaran sewa beli dan pembiayaan Islamik.

Dalam kenyataannya lewat malam ini, Bank Negara menjelaskan, peminjam utk dua kategori pembiayaan itu tidak perlu membuat permohonan utk penangguhan, namun masih perlu melengkapkan dokumen utk memberikan kebenaran yg sah buat moratorium dilaksanakan.

“Selepas itu, pihak bank akan menghubungi peminjam mengenai langkah mudah selanjutnya,” kata bank pusat itu.

Katanya kenyataan media malam ini dibuat utk menangani isu-isu prosedur yg mempunyai kesan undang-undang kepada moratorium yg dilaksanakan sbg memenuhi keperluan Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan syariah.

Sementara itu sumber yg mengetahui hal tersebut memberitahu, utk pinjaman sewa beli, prosedur tambahan itu dibuat ekoran “kealpaan” terhadap syarat-syarat yg dinyatakan dlm Akta Sewa Beli 1967.

“Hal ini dibangkitkan selepas pihak bank menjanjikan kepada pelanggan masing-masing bahawa tiada tidak akan ada caj tambahan kepada (penangguhan) pinjaman sewa beli mereka,” kata sumber yg enggan didedahkan identitinya itu.

Katanya undang-undang tidak membenarkan perubahan sepihak ke atas pinjaman sewa beli sebelum mendapat izin yg jelas drpada peminjam.


Seksyen 39 Akta Sewa Beli menyatakan setiap perubahan pd perjanjian “tidak akan berlaku kecuali penyewa atau ejennya bersetuju dgn perubahan atau perkara tambahan dgn menandatangani atau memulakan perjanjian”.

Seksyen itu menyatakan, pemimjam blh menyatakan persetujuan dgn menandatangani perjanjian tambahan.

Penjelasan Bank Negara pd malam ini hadir selepas muncul spekulasi di alam maya berhubung kenyataan media terdahulu mengenai arahan kepada bank agar memaklumkan pelanggan masing-masing mengenai perubahan terma perjanjian mereka.

Sumber: Malaysiakini


Loading...

Tags: #'terlepas #Bank #Dikenakan #moratorium #Negara #Pandang #Punca #syarat #Tambahan

author
Author: 
    Di Desa Ini, Gadis Muda Wajib Menikah Sesana Jenis Dgn Wanita Tua! Tapi Mereka Bisa Punya Anak!
    slidegossip.com – Orang-orang asli Benua Afrika, kehidupannya dikenal masih kental dgn adat budayanya.
    Usai Nikah, Wanita Ini Baru Tahu Ternyata Suaminya Perempuan! Begini Caranya Menipu Keluarga dan Penghulu!
    slidegossip.com – Siapapun pasti menginginkan kebahagiaan bersama pasangan setelah menikah. Namun apa yg
    Begini Cara Reza Menipu Para Korbannya Hingga Si Wanita Rela Melepas Pakaian di Hadapannya!
    slidegossip.com – Apa yg dilakukan pemuda berusia 24 thn asal Jambi bernama M
    Artis Ini Melelang Keperawanannya Rp 2 Miliar Buat Pejuang Corona! Belum Dpt Uang, Malah Ini yg Terjadi!
    slidegossip.com – Artis dan selebgram cantik bernama Sarah Salsabila Keihl membuat heboh dunia

    Comments are closed.