Bajet RM5 Blh Buat Roti Canai Homemade Satu Keluarga Blh Mkn

Untitled design 93 1 1 - Bajet RM5 Blh Buat Roti Canai Homemade Satu Keluarga Blh Mkn

Suka mkn roti canai tetapi paling sedap kalau dpt buat sendiri. Lebih puas dan terjamin kebersihannya.  Kadang kala kalau mkn di luar rupanya elok  tapi rasa tidak mencapai apa yg dihajati.  Keras dan tidak gebu. Apa kata canai sendiri ikut mcm mana gebu yg korang nak. Blh ikut resipi yg dikongsi oleh Puan Normaliana Abu Bakar ini.

ROTI CANAI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu mkn gula
  • 1 cawan Air
  • Setengah sudu kecil garam
  • Minyak masak secukupnya utk merendam dan menggoreng.

CARA-CARA MENYEDIAKAN

  1. Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
  2. Uli sehingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
  3. Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
  4. Susun doh dlm bekas yg diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dlm minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
  5. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yg ditenggek atas baldi. Dulang kecil utk letak roti canai.
  6. Ambil satu bola tepung dan ratakan mcm didalam gambar. Biarkan dlm 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
  7. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
  8. Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak mcm roti kirai.
  9. Lipat empat arah seperti dlm gambar. Roti canai sedia digoreng.

Kredit: Normaliana Abu Bakar

Komen anda

Loading...

Tags: #bajet #Buat #CANAI #Homemade #Keluarga #Roti #Satu

author
Author: 
    Membongkar resep gorengan tempe krispy abang-abang
    Gorengan tempe krispy bener-bener garing tahan lama renyahnya tanpa menggunakan plastik hanya mengandalkan
    Resepi Siakap Tiga Rasa ala Thai
    Resepi Penuh : https://buatoranglapo.com/2017/02/03/ikan-siakap-3-rasa-ala-thai/ #enjoymusicwhilelearningrecipe #awesomemusic #janganjogetkuatsangat #learnrecipe #belajarmemasak #howtocook #howto #akuyangmasakkauyangmakan #akuyangmasakkauyangpanas
    Resepi Roti Puri | Poori Recipe
    0:32 rest dough for 15 minutes rehatkan adunan selama 15 minit Roti Puri
    RESEP SARWENDAH Mahal ?! Worth It Gak Sih ??
    Nih buat kalian yang penasaran sama Resep Sarwendah ya 😉 Kita pesen yang

    Leave a reply "Bajet RM5 Blh Buat Roti Canai Homemade Satu Keluarga Blh Mkn"