Bahayanya Susu Pekat Teapot Tube Yg Viral

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog mkn Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ini semua pengaruh dgn media sosial lah ni hehehehe nak salahkan orang lain jugakan. Tapi betullah kerana sebab ada promosi hebat 11.11 Single’s Day hari tu lah Maha terjebak juga utk beli Susu Pekat Teapot Tube yang viral ni. Tak adalah baru sangat tapi dah lama juga orang guna produk ini Maha jer baru dpt beli wakakaka. 
Teapot Tube Halal 1 - Bahayanya Susu Pekat Teapot Tube Yg Viral
Hari tu walaupun harga tak adalah murah sangat tapi kerana rasa nak mencuba susu pekat ini maka beli juga sebab nak cari kat kedai susah. Sebab produk ini adalah keluaran negara jiran. Tapi jangan risau walaupun ia dr Thailand tapi tetap ada logo Halal dr negara mereka. So selamat utk kita nikmati tanpa was-was.

Teapot Tube Halal 1 1 - Bahayanya Susu Pekat Teapot Tube Yg Viral

Teapot Tube Halal 2 - Bahayanya Susu Pekat Teapot Tube Yg Viral
Tak tahu kenapa kat Malaysia tak ada keluar produk mcm ni. Bg maha susu ini lebih mudah nak dikendalikan kerana kita tak perlu nak tebuk seperti mana yg dlm tin sekarang ni. Kalau guna yg tube ini kita hanya buka tudung dah lps tu picit terus keluar. Masalah yg selalu Maha hadapi kalau beli susu pekat dlm tin yg ada sekarang ni adalah nak kena tebuk.

Teapot Tube Halal 5 - Bahayanya Susu Pekat Teapot Tube Yg Viral
Lepas tu bila dah tebuk tak tahu nak simpan kat mana kalau letak kat luar akan dikurungi oleh semut dan kalau letak dlm peti sejuk nanti ia beku dah susah nak keluarkan. Jadi bila ada paket tube mcm ni senang nak guna dan nak simpan. Lps tu kalau travel jauh-jauh luar negara lagi senang nak bawa blh letak dlm beg jer tak besar dan ringan. 
Teapot Tube Halal 6 - Bahayanya Susu Pekat Teapot Tube Yg Viral

Hari tu Maha beli ada tiga perasa iaitu original yg warna putih, perisa coklat dan perisa strawberry. Cuma yg strawberry ni jenama lain sikit apa entah tak tahu nak sebut. Semua tiga-tiga ni adalah susu pekat biasa jer dan ada perisa yg ditambah dlm tu. Selalu maha akan gunakan susu original tu utk bancuh dlm teh tarik memang rasa mcm susu pekat biasa. Jadi gunakan mcm susu biasa jer hanya peknya yg berbeza.
Teapot Tube Halal 4 - Bahayanya Susu Pekat Teapot Tube Yg Viral
Cuma awas produk ini memang manis almaklumlah susu pekat dan bahaya kalau ambil dlm kuantiti yg byk dan setiap hari takut nanti blh kena potong kaki. Jadi kena berpada-pada dan mungkin guna dlm kuantiti sikit. Orang kata kurang manis dlm minuman tambah manis dlm senyuman betul tak. Sekarang produk ni dah byk jual kalau nak beli online korang blh dptkan kat Lazada atau Shopee. Tak adalah murah mana pun RM6.00 satu tube kalau korang beli susu pekat dlm tin tu baru RM2.30 jer. Jadi pandai-pandai korang lah ok Maha beli ni pun sebab nak cuba tengok ramai yg share.

Loading...

Tags: #Bahayanya #Pekat #Susu #Teapot #TUBE #VIRAL

author
Author: 
    Muat Turun Kit Professional Learning Community [PLC] (Komuniti Pembelajaran Profesional)
    Naratif Baharu Amalan Pendidikan melalui Sub Naratif 2, iaitu pembangunan kompetensi guru telah
    Pantas Saja Dianggap Menghina Profesi Satpam, Ternyata Ini yg Dilakukan Denny Cagur dan Parto!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr dua komedian Denny Cagur dan Parto. Bersama
    Download Singular and Plural Puzzles
    A noun names a person, place, thing, or idea. Usually, the first page
    Diblacklist MNC Group, Nikita Mirzani: Turun Rating Lu Gak Ada Gosip Tentang Gue!
    slidegossip.com – Artis sensasional Nikita Mirzani diblacklist oleh MNC Group. Alasannya, Nikita dianggap

    Leave a reply "Bahayanya Susu Pekat Teapot Tube Yg Viral"