Bahagian Lain Daging Lembu Pun Lagi Ummph Dibuat Lauk.

Untitled design 1 7 1 - Bahagian Lain Daging Lembu Pun Lagi Ummph Dibuat Lauk.

Daging lembu bukan sekadar dagingnya aje sedap dibuat lauk. Tapi bahagian lemak tetel, ekor, rusuk, perut dan lain-lain lagi ummph rasanya.Ni min kongsikan 4 lauk pauk tradisional berasaskan bahagian tadi.

Ni cuti hujung minggu kita ceriakan family dgn masakan special nih..

1. DAGING TETEL DENGAN REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI

Untitled design 3 8 - Bahagian Lain Daging Lembu Pun Lagi Ummph Dibuat Lauk.

BAHAN-BAHAN :

  • 600 gm daging tetel lembu
  • 4 batang serai | dititik
  • 1 liter santan
  • 200 gm rebung buluh | dibasuh bersih dan rebus separa empuk
  • 3 asam keping
  • 2 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Bahan dikisar :

  • 300 gm bawang merah
  • 100 gm kunyit hidup
  • 200 gm cili padi

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dlm periuk/kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan air sehinga mendidih.
3. Setelah itu masukkan kunyit hidup, cili padi, serai, bersama daging tetel dan juga rebung.
4. Selepas itu masukkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan santan.
5. Biarkan ia betul-betul masak dan empuk sehingga mendidih.
6. Setelah kuah menjadi pekat, kecilkan api dan biarkan mereneh dgn api yg kecil seketika, kacau kuah dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Lauk sedia utk dihidangkan.

Saiz hidangan : 8 orang mkn
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Rebung atau tunas buluh ini tinggi kandungan fiber dan enak
Anggaran kos :RM 23

INFO CHEF : Masak lemak cili padi biasa juga dimasak tanpa menumis bahan kisar. Masukkan terus dlm santan.

2. DALCA TULANG RUSUK

Untitled design 67 - Bahagian Lain Daging Lembu Pun Lagi Ummph Dibuat Lauk.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg tulang rusuk lembu | direbus dahulu
  • 300 gm kacang dhall | direndam dahulu
  • 30 gm halba campur
  • 5 gm daun kari
  • 500 ml santan
  • 200 gm serbuk kari ikan | tambah sedikit air jadikan pes
  • 200 gm serbuk kari daging | jadikan pes
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak utk menumis

Bahan dikisar :

  • 200 gm bawang merah
  • 100 gm bawang putih
  • 200 gm halia

Bahan sayur-sayuran :

  • 300 gm lobak merah | dipotong kecil
  • 200 gm kacang panjang | dipotong
  • 5 biji ubi kentang | dibelah baji
  • 300 gm kubis bunga

CARA MEMASAK :
1.  Pijarkan minyak dlm kuali/periuk. Tumiskan bahan -bahan dikisar bersama daun kari, halba campur sehingga naik bau.
2. Masukkan pes kari ayam dan ikan dan tumis sekali sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kacang dhall yg telah direndam, tulang rusuk dan juga sedikit air.
4. Biarkan seketika dgn api sederhana dan kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, kacang panjang. Kemudian masukkan kubis bunga. Biar mereneh dgn api kecil.
5. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan pula santan. Kacau sekali sekala
7.  Sajian sedia dihidangkan

Saiz hidangan : 10 orang mkn
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Tulang rusuk memberikan rasa kuah yg lebih sedap
Anggaran kos : RM 40

INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi impit, ketupat dan juga nasi.

3. ASAM PEDAS EKOR

Untitled design 2 7 - Bahagian Lain Daging Lembu Pun Lagi Ummph Dibuat Lauk.

BAHAN-BAHAN:

  • 300 gm Ekor Lembu|rebus dahulu
  • 100 gm bawang merah |kisar
  • 100 m kunyit Hidup |kisar
  • 100 gm cili kering |kisar
  • 50 gm bawang putih |kisar
  • 50 gm lengkuas |kisar
  • 2 batang serai |kisar
  • 1 batang Bunga Kantan
  • 4 tangkai Daun kesum
  • 5 biji tomato
  • 200 ml Asam Jawa
  • 50 gm Belacan |Dibakar
  • 30 gm Serbuk Jintan Putih
  • 30 gm Serbuk Jintan Manis
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Tumiskan bahan ikisar sehingga naik bau wangi
2. Kemudian masukkan cili kering dan serai
3. Masukkan ekor dan masak sampai lembut
4. Masukkan asam jawa,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,belacan
5. Akhir sekali masukkan garam,tomato,bunga kantan dan tomato

Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 20 minit.
Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Sedap dimakan dgn nasi
Anggaran Kos : RM20

4. PERUT MASAK HITAM

Untitled design 4 5 - Bahagian Lain Daging Lembu Pun Lagi Ummph Dibuat Lauk.

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm Perut Lembu
  • 10 gm Kicap Pekat
  • 20 gm Serbuk Kari
  • 20 gm Serbuk Jintan Putih
  • 20 gm Serbuk Jintan Manis
  • 20 gm Serbuk Ketumbar
  • 50 gm Bawang Besar
  • 30 gm Bawang Merah
  • 10 gm Bawang Putih
  • 2 kuntum bunga Lawang
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 4 biji Buah Pelaga
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1. Tumis bawang merah, bawang besar dan juga bawang putih.
2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan juga buah pelaga
3. Masukkan rempah kari,ketumbar dan juga jintan
4. Setelah bangkit bau masukkkan kicap pekat danjuga perut lembu
5. Renihkan sehingga perut lembut dan hidangkan

Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 30 minit.
Cara memasak Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Sedap dimakan dgn nasi atau nasi himpit
Anggaran Kos : RM30

Komen anda


Loading...

Tags: #Bahagian #Daging #dibuat #LAGI #Lain #Lauk #lembu #Ummph

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Bahagian Lain Daging Lembu Pun Lagi Ummph Dibuat Lauk."