Bahagian 3 : Proses Pengambilan Lesen Memandu Kereta

Loading...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
BelajarBMemandu 2 - Bahagian 3 : Proses Pengambilan Lesen Memandu Kereta

Dibahagian ketiga dan bahagian terakhir, aku akan ceritakan tentang bagaimana proses Ujian JPJ di lakukan. Utk anda ketahui Ujian bahagian I, Ujian Bahagian II dan Bahagian III, anda blh lihat di entri sebelum ini.
Setelah selesai dgn penilaian sebelum ujian dan kelas memandu, kini sudah tiba masa utk anda diuji oleh Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).Setelah selesai dgn kelas terakhir, kerani di sekolah memandu akan memberitahu bilakah tarikh utk anda diuji. 
Di sekolah memandu aku, ujian bagi kereta dilakukan pd hari Isnin, jadi kepada sesiapa yg bekerja perlu mengambil cuti pd hari tersebut.
…………………………………………….
UJIAN JPJ

Pada hari ujian, semua calon perlu datang seawal pagi. Kemudian perlu lihat sama ada nama anda ada dlm senarai atau tidak. Setelah semua orang ada, dan jam menunjukkan pukul 9 pagi, kami semua di bawa ke pondok JPJ iaitu pondok sebelum anda diuji. 
jpj - Bahagian 3 : Proses Pengambilan Lesen Memandu Kereta

Kemudian semua orang diberikan nombor giliran masing-masing dan dibahagikan mengikut dua ujian iaitu ujian di litar dan juga ujian di jalanraya.
Aku tergolong dlm golongan membuat ujian litar. Mereka yg diuji di bahagian litar akan dibawa ke pondok RPK dan RSM. Masih ingat tentang RPK dan RSM seperti yg diceritakan di bahagian 2? Di pondok ini, akan ada seorang pegawai JPJ akan menguji setiap calon tentang RPK dan RSM.
Tips aku disini adalah pastikan suara anda kuat, setiap bahagian perlu diperiksa. Itu sahaja. Ada juga bahagian yg aku tak sempat nak sebut, tetapi JPJ tersebut sudah suruh berhenti. Sekiranya anda tidak lulus di sini, anda tidak blh mengambil ujian di litar dan jalanraya!
……………………………………..
UJIAN LITAR
Setelah menunggu beberapa minit, tiba giliran aku utk ujian di litar. Kelihatan sebuah kenderaan Perodua Viva yang dinaiki calon terdahulu berhenti di depan pondok. Kemudian,petugas memanggil nombor giliran aku. Alhamdulillah, kereta viva tersebut adalah kereta yg aku pandu dan guna ketika latihan dan kelas sebelum ini! Alhamdulillah.
Walaubagaimanapun …
Bahagian pertama di uji adalah menaiki dan menuruni bukit. Terdapat satu pondok kecil betul-betul di puncah bukit itu. Disitulah keberadaan seorang pegawai JPJ lagi. Sebelum ini aku dah cerita bahawa aku paling lemah di bahagian ini, dan ternyata aku ada masalah ketika mendaki buat kali pertama kerana tayar hadapan tidak sampai di garisan kuning. Mungkin sebab gugup dan sbgnya. 
Nasib baik, peluang kedua diberi! Setelah doa dibaca berpuluh kali, aku mencuba buat kali kedua dan alhamdulillah, berjaya. Kemudian aku meneruskan ujian di bahagian lain. Alhamdulillah, semuanya lancar sahaja. 
UJIAN JALAN RAYA

Setelah selesai ujian di litar, aku memandu kereta ke pondok ujian utk calon lain pula diuji. Kemudian aku perlu ke pondok lain utk mengambil keputusan bagi ujian litar. Ketika itu, langit sudah mendung. Nampaknya akan hujan. Aku sudah mula risau kerana sebelum ini aku tidak pernah memandu di jalanraya dlm keadaan hujan.
jpjB1 - Bahagian 3 : Proses Pengambilan Lesen Memandu Kereta

Kemudian, aku membawa keputusan ujian litar ke pondok JPJ dan menunggu giliran utk melakukan ujian di jalanraya. Sesampai sahaja aku di pondok JPJ, hujan mula turun dgn lebat tetapi hanya utk jangka masa singkat sahaja.
Tiba giliran utk diuji, aku melakukan RSM terlebih dahulu ketika di dlm kereta sebelum meneruskan ujian. Calon perlu melakukan RSM sahaja di ujian jalanraya. Syarat mandatori lain adalah calon perlu memastikan kenderaan tidak mati enjin lebih drpada 3 kali.
Kemudian, aku memandu seperti biasa, mengikut jalan yg telah diajar oleh jurulatih. Ada tiga jalan sebenarnya, tetapi hanya 2 sahaja yg kebiasaannya digunakan ketika ujian. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Pegawai JPJ tersebut tidak memberikan apa-apa respon atau suara ketika aku memandu. Mungkin pemanduan aku sangat membosankan? Apa-apa pun aku syukur kerana ianya selesai.
…………………………………………………..
Setelah selesai semua, aku kembali ke kaunter di sekolah memandu dan pulang ke rumah setelah mengetahui keputusan UJIAN JPJ

Baca Juga : [ Bahagian 1 : Proses Pengambilan Lesen Memandu Kereta ]
Baca Juga : [ Bahagian 2 : Proses Pengambilan Lesen Memandu Kereta ]

Sekian

Loading...

Tags: #Bahagian #Kereta #Lesen #Memandu #Pengambilan #Proses

author
Author: 
    Breakfast Xinnature Dim Sum Halal
    Assalamualaikum & hai semua.. Jarang sebenarnya BBL blh mkn dim sum halal melainkan
    Murid 13 Thn Maut Gantung Diri Dlm Bilik Air
    Remaja itu ditemui dlm keadaan tergantung dgn kain tuala sebelum diturunkan bapanya. –
    Harga Menu Texas Chicken
    Hai semua.. Saja nak post latest harga menu Texas Chicken. Senang incase BBL

    Leave a reply "Bahagian 3 : Proses Pengambilan Lesen Memandu Kereta"