Bahagian 2 | Persediaan Sebelum Pendaftaran Pengajian MASTER di UM

Assalamualaikum dan salam sejahtera
UniversityBMalaya 1 - Bahagian 2 | Persediaan Sebelum Pendaftaran Pengajian MASTER di UM
Baiklah, ini merupakan artikel sambungan kepada artikel Cara Memohon Utk Melanjutkan Pengajian MASTER di UM. Pastinya semua yg sedang mencari maklumat mengenai proses utk melanjutkan pengajian di tahap sarjana ini tertanya-tanya dan masih mencari maklumat di google. Disebabkan tidak ada banyak maklumat yg blh dibaca, penulsi merasakan ianya satu inisiatif yg baik utk penulis menceritakan proses-prosesnya.
…………………………………
Persediaan Sebelum Pendaftaran Pengajian MASTER di UM 

1. Medical Checkup

Pastinya mana-mana tempat pun semua pelajarnya diwajibkan utk melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum blh mendaftar pengajian. Seperti juga di Universiti Malaya, pelajar diwajibkan membuat pemeriksaan kesihatan.
Tips yg penulis blh berikan adalah dgn membuat pemeriksaan di klinik kesihatan kerajaan. Hanya perlu membayar RM20 sahaja utk pemeriksaan ini termasuklah pemeriksaan X-Ray dan air kencing. Murah dan jimat. Kena tunggu lama? Tak semestinya. Datang awal, dan susun jadual anda, pasti mudah sahaja.
Untuk anda yg berkemampuan blhlah melakukan pemeriksaan di klinik swasta. Ianya lebih cepat walaupun harga agak tinggi. Pilihan di tangan anda. 
………………………………………………………
2. Pengesahan Dokumen

Ini adalah salah satu perkara wajib iaitu menyediakan dokumen asal dan salinan. Dokumen salinan itu perlu disahkan ya! 
Sijil Asal dan Salinan

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Ijazah Sarjana Muda
  • Transkrip Ijazah Sarjana Muda
  • Sijil SPM
Selain itu, anda juga perlu menyediakan surat tawaran, borang online application anda.
………………………………………………………
3. Gambar Passport


Antara komponen penting adalah gambar ya. Gambar berukuran saiz passport yg akan digunakan utk laporan kesihatan (medical check up) dan juga borang permohonan kad pelajar.
………………………………………………………
4. Pembayaran Yuran

First of all, pembayaran WAJIB dibuat sebelum pendaftaran. Kalau tak bayar, tak blh daftar. Itulah peraturannya. Ada kawan penulis yg tak dapat nak daftar sebab tak bayar yuran, jadi dia kena balik dan bayar dulu yuran, baru blh daftar.
Soalan : Macam mana nak tahu jumlah yuran?
1. Semak Anggaran Yuran 
[ http://myum.um.edu.my/mainpage.php?module=feecalc&flg=2 ]
UMBYURAN - Bahagian 2 | Persediaan Sebelum Pendaftaran Pengajian MASTER di UM
Laman Web
  • Pilih services, kemudian finance, fee calculator, pilih Prospective Students, masukkan nombor kad pengenalan dan akhir sekali pilih Intake.
  • Kemudian, masukkan jumlah kredit hour yg akan anda ambil utk semester tersebut.
  • Cetak maklumat tersebut dan perlu dibawa sewaktu mendaftar.

Soalan : Macam mana nak bayar yuran?

1. Pembayaran Yuran

Okay, anda sudah tahu berapa banyak RM yg perlu dibayar utk yuran pengajian anda. Jadi, seterusnya bayar jumlah tersebut dgn menggunakan dua jenis pembayaran yg tersedia. 
  • Internet Banking :- CIMB Click & BIMB sahaja.
  • Bil kaunter :- Tunai Sahaja [ Kaunter Bank Islam sahaja ]
………………………………………………………

5. Permohonan PTPTN/BIASISWA
Untuk mereka yg mempunyai masalah kewangan dan memerlukan Pinjaman PTPTN, anda blhlah membuat permohonan sebelum mendaftar. Penulis sendiri masih meminjam PTPTN utk pengajian postgraduate ini. 
Anda perlu check tarikh tutup permohonan PTPTN sebelum tarikh pendaftaran pengajian anda. Jangan risau, jika anda tidak sempat utk ambilan pertama, masih ada ambilan kedua. Permohonan PTPTN sekarang juga sudah mudah, utk membeli no pin hanya menggunakan online payment sahaja.
Untuk biasiswa pula, penulis tidak berapa pasti kerana ada banyak biasiswa mengikut pengajian dan bidang anda. Maaf ya sebab penulis kurang sedikit di bahagian biasiswa.
……………………………………………

[ Bahagian 3 : Proses Pendaftaran Pengajian MASTER di UM ]
Loading...

Tags: #Bahagian #Master #pendaftaran #pengajian #Persediaan #Sebelum

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Bahagian 2 | Persediaan Sebelum Pendaftaran Pengajian MASTER di UM"