Bacaan Iktidal Dalam Solat

Loading...

Bacaan Iktidal Dalam Solat

Hukum I’tidal adalah wajib. Tidak sah solat tanpa melakukannya. Dalil kewajipan I’tidal ini ialah hadis Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan tentang solat Nabi s.a.w.; “Apabila mengangkat kepala dari ruku’ (yakni bangkit dari ruku’), Nabi s.a.w. tidak sujud melainkan setelah berdiri dengan sempurna lebih dahulu (yakni berdiri I’tidal)”.(Riwayat Imam Muslim)
___________________________________
Bacaan iktidal dalam Solat
✔ Iktidal adalah bangkit dari rukuk. Apabila hendak bangkit dari ruku’, ucapkanlah سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ sambil mengangkat kedua tangan setentang bahu atau setentang dua telinga seperti ketika takbiratulihram.
✔ Sesudah berdiri tegak lurus . kedua belah tangannya dilepaskannya ke bawah., lalu membaca: رَبَّنَا لَكَ ٱلْحَمْدُ’ sebelum turun sujud (Bacaaan “Rabbana lakal hamdu” itu mesilah diucapkan semasa semua anggota badan sudah dalam keadaan diam atau berehat. I’tidal wajib dilakukan dengan tomaninah iaitu memastikan diri berada dalam keadaan tetap dan tenang dalam posisi I’tidal (berdiri lurus) itu sebelum turun sujud.Dengan berbuat demikian barulah ada tama’aninah dalam iktidal.
___________________________________
Bacaan iktidal semasa solat berjemaah
Persoalan: ketika imam bangun untuk iktidal dengan menyebut..”Sami Allahuliman hamidah…”…Adakah perlu makmum mengucap bacaan “Rabbana lakalhamdu…?
✔Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Apabila imam mengucapkan, ‘سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ’, yang bermaksud, ‘Allah mendengar orang yang memujiNya’, maka kamu ucapkanlah, ‘اَللّٰهُمَّ رَبَّنَا لَكَ ٱلْحَمْدُ’, yang bermaksud, ‘Ya Allah, Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian’. Kerana sesungguhnya barang siapa yang ucapannya bersamaan dengan ucapan malaikat, diampuni baginya apa yang lalu dari dosa-dosanya”. (Bukhari, Muslim)

✔Ulama sebahagiannya mempunyai beberapa pendapat berkaitan dengan persoalan ini..

1.Sebahagian ulama berpendapat – Makmum tidak perlu mengucapkan سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ , hanya perlu menyambut bacaan Imam yang menyebut itu dengan menyebut رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ .

2.Sebahagian ulama pula berpendapat – Makmum tetap kena mengucapkan سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ .dan makmum juga perlu menyambut bacaan imam dengan membaca رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْد… ( Ini bersandarkan sebagaimana contoh Imam dan para Makmum , sama-sama membaca “Amin” selepas membaca surah Al Fatihah selepas membaca ” ….Waladdhollin Amin….Tidaklah bermakna Si Imam diam tidak perlu mengucapkan ” Amin..)
Maka adalah lebih wajar diikuti dan dijadikan amalan mengikut pandangan Imam Asy-Syafi’e (rh)

Jika salah sila perbetulkan dan tegur kerana saya baru belajar.
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
——–Wallahu a’lam والله أعلم بالصواب .——–

Rating video: /5

Sumber video: Youtube

Loading...

Tags: #Bacaan #Dalam #Iktidal #Solat

author
Author: 
    Doa Pembuka Majlis
    Berikut adalah contoh Doa Pembuka Majlis yang boleh digunakan untuk sebarang acara. Bacaan
    Hanya Kerana RENDANG Tak Crispy | Ustaz Mohd Aslam
    Nota: Bagi yang ingin menyumbang untuk kos pengurusan & operasi bulanan AKS ,
    Ustaz Wan Hizam A Sabil l 19042018 l Rapuhnya Aqidah Umat Akhir Zaman
    Bertempat di ; Masjid Al-Azim Masjid Negeri MelakaI,Bukit Palah, Melaka. Selamat datang ke
    PERBEDAAN LULUSAN SMA DENGAN SARJANA! DILEMA KULIAH ATAU TIDAK?
    MAU CARI KERJA??? KAMU LULUSAN APA? SMA ATAU SARJANA? Sebenernya mana yang lebih
    1. author

      Dimensia holic2 years ago

      kok baca nya hamdu bukan nya hamd???

      Reply
    2. author

      ANFIRIANSYAH Fito2 years ago

      lagu ape yg permulaan dan penghabisan?

      Reply
    3. author

      GEL AR2 years ago

      Subhannalloh hiwelhamdulillah lailahaillalloh huallohuakbar

      Reply
    4. author

      GEL AR2 years ago

      Subhannalloh hiwelhamdulillah lailahaillalloh huallohuakbar

      Reply

    Leave a reply "Bacaan Iktidal Dalam Solat"