Ayam Percik Original Kelantan

IMG 4770 1 - Ayam Percik Original Kelantan

Mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan hampir semua orang Kelantan suka mkn ayam percik. Ianya adalah dikira mknan mewah berbanding dgn ikan percik kerana ikan sangat murah berbanding ayam. Ayam pun jarang jarang dapat mkn, apalagi ayam percik.

Masih ingat lagi dulu dulu, orang kampung akan menyediakan ayam percik yg diletak di atas pulut kuning atau dikenali sbg pulut semangat bila ada orang orang besar datang. Yg paling saya ingat ialah ketika Tun Dr Mahathir dan isteri datang ke Kampung Badak di mana Bonda salah seorang yg diminta menyediakan pulut kuning dgn terpacak seekor ayam percik di atasnya. Kemudian mereka berarak dgn menjunjung pulut semangat tersebut mengiringi Perdana Menteri. 

Ketika itu sangat terliur melihatnya tetapi saya memang tak dapat mkn pun pulut dan ayam tersebut. Ayam percik juga ada disediakan di majlis majlis kawin tetapi sangat jarang kerana selain ianya remeh utk disediakan juga lebih mahal. Maklum ayam dipotong 4 dan setiap bekas hidangan hanya diletak 1 bahagian sahaja. Merasalah mencubit cubit sedikit sedikit seorang. Percik Kelantan terdapat 2 jenis iaitu percik merah dan percik putih. 

Saya masih ingat antara ayam percik yg sedap ialah ayam percik yg dijual Cik gu Asmat di pasar Ramadhan suatu ketika dulu. Tapi kini, beliau tidak lagi berjualan. Saya sempat juga belajar resepi beliau. Blh click di SINI. 

Resepi hari ini, saya dapat dr sahabat sejak zaman persekolahan Cik gu Roslina Majid ketika berchatting di group WhatsApp. Bahan bahan sama sahaja tetapi saya inginkan anggaran sukatan yg beliau gunakan. Saya sebenarnya tak pernah memasak lauk ini sendiri masa bujang di kampung dulu. Hanya melihat sekali sekala Bonda menyediakannya. 

Hanya setelah berkahwin dan menetap di KL, barulah belajar menyediakannya sendiri kerana teringin nak mkn. Kiranya saya pun baru baru nak belajar juga. Cuma saya blhlah rasakan jika percik itu rasanya original seperti di Kelantan atau tidak. Kuah percik melekat di ayam atau ikan kerana ianya dilumur sambil dibakar. Saya tidak pernah tahu jika dulu, ada kuah percik yg dihidangkan bersama ayam atau ikan percik. Mungkin sekarang telah dipermodenkan selari dgn peredaran masa. 
IMG 4776 - Ayam Percik Original Kelantan

Saya menyediakan 1 ekor ayam sahaja hari ini yg dipotong 4 bahagian. Bayangkan satu bahagian dah menjadi milik saya. Bahagian dada ayam blhlah dikongsi oleh 2 orang. Jadi kalau memasak ayam percik, harus sekurangnya satu ekor ayam. Baru puas mkn dan blh meratah ratah. Mkn dgn nasi putih atau pulut kuning. Memang meletop. 
IMG 4781 - Ayam Percik Original Kelantan

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Dgn melihat video, baru dapat gambaran bagaimana resepi di blog ini disediakan. Selamat mencuba…

IMG 4772 - Ayam Percik Original Kelantan

Ayam Percik Original Kelantan 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam – potong 4
2 1/2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 batang serai ketuk – opsyenal
2-3 keping asam keping
2-3 sudu besar gula – kena ada lebih rasa manis
Garam
1/2 sudu kecil tepung beras/tepung jagung

Bahan kisar:
4 tangkai cili kering – guna 1 sudu besar cili kisar
10 ulas bawang merah – kena lebih

Bahan perap:
4 ulas bawang merah
2 hiris nipis halia
Garam

Cara cara:
Ayam dibuang kulit dan potong 4 dan dikelar kelar. Kemudian perap ayam dgn bahan perap yg ditumbuk/kisar halus selama 30 minit. 

Lepas tu ayam dikukus sehingga masak, baru dibakar. Mesti kukus sampai masak supaya tiada lagi darah pd tulang ayam. Sementara ayam dikukus, blh sediakan bahan utk kuah percik.
IMG 4758 - Ayam Percik Original Kelantan
IMG 4760 - Ayam Percik Original Kelantan
Kisar bahan kisar bersama dgn sedikit santan pekat sehingga benar benar hancur. 

Tuang bahan kisar ke dlm kuali dan masak bersama santan dgn api perlahan sambil dikacau sehingga santan pekat. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya. Gula dilebih supaya kuah lebih berkilat bila dilumur pd ayam yg dibakar. warna lebih cantik dan carmelised.  
IMG 4764 - Ayam Percik Original Kelantan

Jika belum cukup pekat, masukkan tepung beras yg dibancuh dgn sedikit air. 

Bila elok kepekatannya, blhlah tutup api dan dilumur pd ayam yg sedang dibakar. Kemudian, dibalikkan dan lumur di permukaan satu lagi. Blh buat secara berulang kali, ikut suka masing masing.
IMG 4767 edited - Ayam Percik Original Kelantan

IMG 4793 - Ayam Percik Original Kelantan

Nota:
Jika menyediakan ayam percik putih, tak perlu memasukkan cili kering. 
IMG 4781 - Ayam Percik Original Kelantan


Loading...

Tags: #Ayam #KELANTAN #Original #Percik

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Ayam Percik Original Kelantan"