Ayam Panggang Mayonis dan Nasi Planta yg simple dan sedap, kegemaran keluarga

Bismillahirrahmanirrahim,
Menu yg mudah disediakan, namun menjadi kegemaran keluarga. Simple & sedap.

ayamBpanggangBmayonis - Ayam Panggang Mayonis dan Nasi Planta yg simple dan sedap, kegemaran keluarga



Ayam Panggng Mayonis

Oleh : Surianti Ramli
Bahan utama :
1 ekor ayam saiz sederhana 
Air secukupnya (sekadar menenggelamkan ayam waktu merebus nanti)
Bahan tumbuk :
7 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan perapan :
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar madu
1 sudu kecil garam halus
Cara penyediaan :
  1. Ayam dicuci bersih dan potong kepada 4 bahagian (kalau tak potong pun blh), direbus separuh masak dlm air sehingga didih. Toskan dan air rebusan disimpan.
  2. Satukan bahan tumbuk dan bahan perapan, gaul sebati. Lumur pd ayam, perap 2 jam. (Saya perap semalaman)
  3. Bakar menggunakan oven atau pemanggang sehingga masak.
Nasi Planta
Oleh : Surianti Ramli
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi
6 cawan air rebusan ayam (kuantiti air bergantung pd jenis beras yg kita gunakan)
1 kiub pati ayam
Garam
Bahan tumis :
3 sudu besar planta (boleh gunakan jenis lain)
1 labu bawang besar – didadukan
5 ulas bawang putih – dimayang 
1 inci halia – dimayang
2 helai daun pandan
Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga ( 1 bagi setiap jenis)
Cara penyediaan :
  1. Cairkan planta dlm periuk. Tumiskan bahan tumis sehingga harum.
  2. Masukkan beras dan kacau sekejap. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub pati ayam.
  3. Masak seperti memasak nasi biasa.
Hidangkan bersama sayur bersesuaian seperti buah tomato, daun salad dan timun.
Boleh dimakan dgn sup dan sos kegemaran.


Loading...

Tags: #Ayam #Kegemaran #Keluarga #Mayonis #Nasi #Panggang #Planta #Sedap #Simple

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Ayam Panggang Mayonis dan Nasi Planta yg simple dan sedap, kegemaran keluarga"