AYAM MASAK MERAH SEDAP

Loading...

IMG20160122124637 1 - AYAM MASAK MERAH SEDAP

AYAM MASAK MERAH SEDAP
Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam – digaul dgn garam-kunyit dan digoreng separuh masak
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 sudu mkn cili kering kisar
2 sudu mkn sos cili
1 cawan santan pekat
1 sehingga 2 cawan air – ikut banyak mana kuah yg dikehendaki
3 biji tomato – dibelah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

IMG20160122124731 - AYAM MASAK MERAH SEDAP

Bahan Kisar Halus:
6 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia

Bahan Hiris Nipis:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara-Caranya:

  • Panaskan minyak dlm kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan hiris nipis sehingga layu dan wangi.
  • Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sos cili. Tumis lagi sehingga pecah minyak.

IMG20160122124712 - AYAM MASAK MERAH SEDAP

  • Masukkan ayam yg digoreng separuh masak tadi. Gaul rata dan biarkan seketika.
  • Masukkan air mengikut banyak mana kuah yg dikehendaki. Kacau rata.
  • Masukkan santan. Kacau rata.
  • Masukkan buah tomato, garam dan gula. Kacau rata. Masak sehingga pecah minyak dan kuah pekat seperti yg dikehendaki.
  • Tutup api dan hidangkan.

IMG20160122124701 - AYAM MASAK MERAH SEDAP

Loading...

Tags: #Ayam #Masak #Merah #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "AYAM MASAK MERAH SEDAP"