Ayam Masak Merah Kelantan

aIMG 0041 1 - Ayam Masak Merah Kelantan

Ayam Masak Merah Kelantan

Bahan bahan
1 ekor ayam potong 12 bahagian
Serbuk Kunyit dan garam secukupnya
1/2 keping gula melaka
1 sudu besar gula pasir
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 tin kecil tomato pes
2 biji tomato, belah 4
1/2 tin kacang peas, toskan airnya

Rempah Kasar
1 labu bawang holland, hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
5 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji cengkih
5 batang serai di ketuk
1/2 cawan minyak utk menumis

Bahan Kisar
5 sudu besar cili kering yg di rebus dan di kisar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu sedang bawang Holland

Penyediaan :

  1. Cuci ayam sehingga bersih, toskan,
  2. Gaul garam dan kunyit, kemudian goreng 3/4 masak.  Ketepikan.
  3. Tumis dahulu bawang besar hiris sehingga layu,
  4. Kemudian masukkan serai dan rempah kasar,  tumis sehingga naik bau,
  5. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak dgn api perlahan.
  6. Masukkan gula dan tumis sehingga pes berkilat.
  7. Masukkan tomato paste, sos cili dan sos tomato.
  8. Masukkan sedikit air, perasakan dgn garam secukupnya.
  9. Apabila mendidih, masukkan buah tomato.
  10. Akhir sekali masukkan ayam yg di goreng tadi, gaul sehingga bersalut rata.
  11. Tambah kacang peas dan daun ketumbar jika suka.
aIMG 0050 - Ayam Masak Merah Kelantan


Nota Ayam Enak dan Tahan Lama

Goreng ayam jangan terlalu garing kerana jus ayam akan keluar dan ayam menjadi keras dan tidak sedap.
Bawang besar yg di goreng dahulu akan menerbitkan rasa manis dan wangi.
Serai menambahkan haruman wangi pd bahan tumis.
Pastikan minyak menumis tidak terlalu sedikit dan bahan tumis di masak sehingga pecah minyak. Pecah minyak indikasi bahawa bahan masak sempurna dan akan tahan lama.

aIMG 0030 - Ayam Masak Merah Kelantan

Ayam Masak Merah Kelantan

Loading...

Tags: #Ayam #KELANTAN #Masak #Merah

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Ayam Masak Merah Kelantan"