Ayam Masak Merah Air Tangan Datin Furyna Sedap & Berkuah,  Ini Rahsianya.

siap 2 1 - Ayam Masak Merah Air Tangan Datin Furyna Sedap & Berkuah,  Ini Rahsianya.

Datin Furyna usahanita jelita dan kecil molek ini, pengasas produk kecantikan dan kesihatan Syarikat  AuraWhite Global Sdn Bhd masih sempat berkongsi resipi Ayam Masak Merah yg dikatakan lain dr kebanyakan menu ayam masak merah yg ada. Nak tahu apa rahsianya, ini resipinya. Tak cukup satu Datin turut share satu lagi menu kegemarannya iaitu Sambal Paru.

ayam - Ayam Masak Merah Air Tangan Datin Furyna Sedap & Berkuah,  Ini Rahsianya.

AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong sederhana
  • 100gm buah badam | kisar
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 biji cli merah | hiris serong
  • 2 sudu mkn puri tomato
  • 2 sudu mkn sos cili
  • 1 sudu mkn air asam jawa
  • 4 sudu mkn cili kering kisar
  • 2 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 3 biji buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Ayam digaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam, perap sekejap dan goreng sehingga 3/4 masak.Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dlm kuali, tumis bahan kisar halus sehingga harum, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
  3. Tambah puri tomato dan sos cili, kacau rata.
  4. Tambah ayam tadi dan gaul rata, kemudian tambah air asam jawa dan santan.
  5. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  6. Biarkan mereneh atas api sederhana sehingga kuah pekat.
  7. Sedia dihidangkan.

datin 11 - Ayam Masak Merah Air Tangan Datin Furyna Sedap & Berkuah,  Ini Rahsianya.

SAMBAL PARU

BAHAN-BAHAN::

  • 500gm paru | rebus dan hiris nipis
  • 1 sudu mkn air asam jawa
  • 1 biji bawang Holland | hiris bulat
  • 5 sudu mkn pes cili kering
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 2 batang serai

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng paru yg telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan pes cili kering, kacau rata sehingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan air asam dan perasakan dgn garam, gula dan perasa secukup rasa.
  5. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.
  6. Gaul rata kemudian tutup api.
  7. Sambal paru sedia dihidangkan.
Loading...

Tags: #Ayam #Berkuah #Datin #Furyna #ini. #Masak #Merah #Rahsianya. #Sedap #Tangan

author
Author: 
    Resep Kue Janit Janda Genit
    Resep Kue Janit Janda Genit Bahan : 250 gr tepung terigu 50 gr
    Resep Dan Tutorial Memasak Kwetiau Goreng Ala Chef dapurputih.com
    Resep Masak dan Video Tutorial Cara Memasak Kwetiau Goreng Kamu dapat membaca resep
    Resepi Puding Milo Oreo
    Ade yg Kate Puding Oreo Milo ni tengah viral skg. Betul ke? Rasenye
    RESEP TTEOKBOKKI – Rice cake – Gochujang
    Hai guys kali ini sy mo share resep Tteokbokki (spicy Korean Food) salah

    Leave a reply "Ayam Masak Merah Air Tangan Datin Furyna Sedap & Berkuah,  Ini Rahsianya."