Ayam Masak Lemak Cili Api Dgn Kentang

Ayam Masak Lemak Cili Api Dgn Kentang

Hari ini saya menggunakan periuk baru yg diberi oleh @mybazaaruk jenama gastreaux (disebut gastro) yg bukan sahaja cantik tetapi sangat praktikal digunakan di dapur. Ianya tidak melekat menjadikan periuk cantik sahaja dr mula memasak sehingga siap memasak. 

Ayam Masak Lemak Cili Api Dgn Kentang

Hendak mencuci pun sangat mudah. Kalau rasa rasa malas, blh jer dilap menggunakan tisu dapur. Hahaha tapi jangan lah malas malas ya. Saiz 32 cm pun sangat sesuai serta kedalamannya memang ngam utk masakan berkuah seperti masak lemak saya hari ini. Hendak membuat pesanan, blh masuk ke Instagram @mybazaaruk.
Ayam Masak Lemak Cili Api Dgn Kentang

Bukan mahu memuji diri sendiri tapi saya rasa gulai masak lemak cili api saya hari ini, ya ampuun sangat sedap. Cukup lemak dan cukup pedasnya. Kuah pun berwarna kuning cantik. 

Jom layan resepi masak lemak cili api Nogori yg saya gunakan hari ini. Blh tengok cara penyediaannya dlm entri saya sebelum ini di SINI. Teknik memasak blh menghasilkan keenakan masakan yg berbeza. 

Jangan lupa subscribe Azie Kitchen channel utk video penyediaan masakan di blog Azie Kitchen. Blh click di SINI. Selamat mencuba…

Ayam Masak Lemak Cili Api Dgn Kentang
Ayam Masak Lemak Cili Api Dgn Kentang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam
1/2 biji kelapa parut – santan
1 biji kentang – potong kecil
1 batang serai – ketuk
1/2 helai daun kunyit – hiris halus
1 keping asam keping
Garam

Bahan kisar:
20 tangkai cili api kampung
1 inci kunyit hidup

Cara cara:

Tuang bahan kisar ke dlm kuali dan masak bersama serai yg diketuk sehingga cili agak kering.

Masukkan ayam dan ubi kentang dan kacau rata sehingga ayam kecut, baru dituangkan santan. Kacau rata sehingga santan mendidih. Nota: hendak lagi sedap, lumurkan ayam dgn garam dan serbuk kunyit dan biarkan seketika.
Ayam Masak Lemak Cili Api Dgn Kentang

Setelah ayam masak dan kentang hampir empuk, masukkan santan pekat, asam keping dan garam secukupnya. Masak lagi dgn api perlahan sehingga santan mendidih kecil dan tiada lagi buih buih dlm kuah.
Ayam Masak Lemak Cili Api Dgn Kentang

Akhir sekali, tabur daun kunyit dan kacau. Sesuaikan rasa. Blhlah ditutup api. Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya. 

Ayam Masak Lemak Cili Api Dgn Kentang

Loading...

Tags: #Ayam #Cili #Kentang #Lemak #Masak

author
Author: 
    Tip Ikan Bilis Yg Dimasak Lebih Sedap dan Tak Liat
    Bagi peminat sambal, ikan bilis adalah salah satu bahan utama utk membuat sambal.
    Resipi Sambal Hitam Tomato Sedap Utk Berbuka Puasa
    Sedapnya Sambal Hitam Tomato ni. BAgi anda yg suka menu ni tapi susah
    Nikmat Berbuka Dgn Ikan Kembung Kukus Air Asam Pedas
    Ini resipi paling mudah tapi memang sedap. Yg penting cara membuat air asam
    Daging Black Pepper Berapi..Ada Berani. Sempoi Pedas Terangkat Rasanya.
    Daging lada hitam ni sebenarnya sajian fusion yg paling popular. Walaupun asasnya masakan

    Leave a reply "Ayam Masak Lemak Cili Api Dgn Kentang"