AYAM MASAK KERUTUK

IMG20160201054524 1 - AYAM MASAK KERUTUK

AYAM MASAK KERUTUK
Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam – potong ikut suka
3 peket kecil rempah kerutuk ADABI – campur sedikit air sehingga menjadi pes
2 batang serai – dititik
2 keping asam gelugor/asam keping
2 sudu mkn kerisik
1 atau 2 kotak kecil santan
Garam dan gula

Rempah Tumis:
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang

IMG20160201054405 - AYAM MASAK KERUTUK

Bahan Tumbuk:
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

IMG20160201054501 - AYAM MASAK KERUTUK

Cara-Caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis rempah tumis dan bahan tumbuk serta serai sehingga wangi dan agak garing.
  2. Masukkan rempah kerutuk, tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan sedikit santan. Masak dgn api perlahan sehingga air ayam kering dan santan naik minyak.
  4. Masukkan santan selebihnya, kerisik, garam dan gula. Lebihkan gula kerana kerutuk mesti rasa manis sedikit. Biarkan ayam masak sambil dikacau sesekali supaya lauk tidak hangit sehingga kuahnya menjadi pekat dan berwarna gelap.
  5. Tutup api dan hidangkan.

IMG20160201054537 - AYAM MASAK KERUTUK

Loading...

Tags: #Ayam #KERUTUK #Masak

author
Author: 
    Cara Membuat Bihun Goreng – How To Make Indonesian Style Fried Rice Vermicelli II Cook Like Kayka
    cook like kayka, bihun goreng, how to prepare bihun goreng sederhana, Indonesian style
    Pepe, Kek, and the Rise of an Elder God
    The Pepe/Kek phenomenon is far more than just an amusing meme; it’s a
    MEE GORENG
    My take on making Mee Goreng . If you enjoy, give it a
    Cara Masak Yang Unik
    Cara Masak Yang Unik Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "AYAM MASAK KERUTUK"