Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dgn Kulat Sisir

IMG 5222 1 - Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dgn Kulat Sisir


Walaupun telah lama tahu akan tarikh dan masa persaraan tapi saya tidak memikirkan dgn serious bab menguruskan kewangan selepas bersara. Hmm agaknya seperti mana kita tahu akan menghadapi saat kematian tapi tidak berusaha utk membuat persediaan menemuinya. Agak nya lah. 

Cuma kebelakangan ini, saya mula memikir dan membuat perancangan bagaimana utk menyediakan serta menguruskan kewangan dgn baik. Di mana saya mahu menyimpan dan melabur. Maklum sebaik habis belajar, saya telah biasa memegang duit sendiri. Apa hendak dibeli, saya hanya beli tanpa memikirkan apa apa. Tapi bila tiada lagi income, saya harus mengubah lifestyle dan gaya hidup.

Jika selama ini membeli fabrik utk baju RM700-800 semeter, tiada masalah tapi selepas ini, kena beli fabrik lebih murah. Jika selama ini hanya melihat lihat utk membeli handbag berpuluh ribu, tapi selepas ini mungkin tak blh lagi tengok Instagram yg menjual handbag. 

Inilah yg paling mencabar sebenarnya. Cabaran utk mengubah gaya hidup. Sejak dr zaman universiti, saya telah terbiasa menempah baju di Jalan Bangsar dgn upah RM30-45 sedang di kala itu, tailor biasa hanya mengambil upah sekitar belasan ringgit.  

Suami dan anak anak cukup mengenali saya yg membeli sesuatu kerana harga dan bukan sesuatu yg cantik. Pastinya saya masih mampu membeli tapi kewangan yg ada perlu diuruskan dgn sebaiknya. 

Inilah dugaan sebenar buat diri saya selepas bersara. Tiba tiba saya terasa takut, takut utk melalui perubahan. Tidak mudah utk mengubah sesuatu yg memang telah sebati dgn diri. Ianya sesuatu yg menyakitkan. 

Saya sekarang di dlm fasa memujuk diri utk melihat selain dr harga. Saya selalu berkata sendirian, hmm tidak ada beza tudung bawal kristal swaroski aku yg berharga ratusan ringgit dgn tudung bawal batu tiruan berharga RM10. Kelihatan lebih kurang sahaja. Hanya semata mata kepuasan diri kerana tahu apa yg saya pakai adalah yg berkualiti. Saya tidak berniat utk riak dgn catatan ini kerana jika follower mengikuti blog saya dr dulu, pasti anda faham citarasa saya. Mudah mudahan segalanya dapat berjalan dgn baik. Aameen.

Hari ini saya menyediakan Masak Lemak Cili Api Ayam Kampung Salai bersama Kulat Sisir. Ayam kampung salai dr @dagingsalaicikyah memang sangat beraroma daging salai kerana ianya dibakar menggunakan kayu pokok rambutan, tempurung kelapa dan pelbagai bahan semulajadi. 

Saya sangat kagum dgn Wanie dan Nid yg mengusahakan perniagaan daging salai ini bersama keluarga. Jadi jika anda ingin merasa daging salai mereka, blh membuat tempahan dgn WhatsApp 012 6625667. Atau blh DM di Instagram mereka @dagingsalaicikyah.  

IMG 5227 - Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dgn Kulat Sisir

Saya gandingkan ayam kampung salai dgn kulat sisir yg dibawa dr Kelantan yg masih berbaki. Kulat sisir yg besar dan cantik itu dikeringkan. Sebelum diguna, ianya direndam dgn air garam. Selepas direndam, ianya masih segar dan elok.  

Sejak kebelakangan ini memang sangat suka mkn masak lemak cili api. Lemak kuahnya sangat sedap bila digaulkan dgn nasi putih panas panas. Aduhai memang sangat sedap. Cukup digandingkan dgn telur masin atau ikan kering sahaja. Kulat sisir ni dah kira sayuran. Lengkaplah sepinggan nasi dan lauk buat saya. 


Jom layan resepi yg saya kongsikan semula di bawah ini. Masak lemak cili api Nogori ni cukup senang. Hanya menggunakan cili api dan kunyit hidup sahaja. Pendek kata blh jimat kos kerana tidak perlu menggunakan bawang. hahaha. 

Jangan lupa utk melihat video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba… 

IMG 5229 - Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dgn Kulat Sisir


Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dg Kulat Sisir

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam kampung salai 
1 biji kelapa – santan pekat 
1 batang serai – ketuk
Garam
2 keping asam keping
Bahan kisar:
20 tangkai cili padi – ikut suka pedas
2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Ayam dibersihkan dan dipotong mengikut kesukaan masing masing. 
IMG 5213 - Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dgn Kulat Sisir
IMG 5214 - Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dgn Kulat Sisir

Masak  bahan kisar sehingga kering. Masukkan santan cair dan kacau rata. Masukkan ayam kampung salai dan biarkan sehingga ayam masak.

IMG 5216 - Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dgn Kulat Sisir

Setelah mendidih, masukkan kulat sisir yg telah direndam dgn air garam dan ditos. Masak sehingga kulat masak.

IMG 5217 - Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dgn Kulat Sisir

Masukkan asam keping. Masak sehingga mendidih lagi.


Masukkan santan pekat dan kacau rata sehingga mendidih supaya kuah tidak pecah minyak. Masukkan garam. Sesuaikan rasa dan sedia utk diangkat dr dapur.
IMG 5223 - Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dgn Kulat Sisir

Carian Berkaitan

tudung bawal outlook com

Loading...

Tags: #Ayam #Cili #Kampung. #Kulat #Lemak #Masak #SALAI #Sisir

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Ayam Kampung Salai Masak Lemak Cili Api Dgn Kulat Sisir"