AYAM INTANKU SAYANG

IMG20161122105940 1 - AYAM INTANKU SAYANG
AYAM INTANKU SAYANG
(Lauk kegemaran Intan anak saya)
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam – garam kunyit dan goreng sehingga masak.
5 biji cili kering – basuh dan potong 3. (Nak pedas boleh tambah)

2 biji bawang besar – potong kasar
4 ulas bawang putih – hiris nipis
1/2 inci halia muda – hiris halus
2 sudu mkn sos tiram
4 sudu mkn kicap pekat manis
Garam secukup rasa
1/2 cawan air panas
Cara-caranya:

  1. Menggunakan sedikit minyak menggoreng ayam tadi, goreng sebentar cili kering sehingga garing. (Hati-hati ya, jangan sampai cili hangus.)
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Goreng sehingga layu dan naik bau.
  3. Masukkan ayam goreng, sos tiram dan kicap manis. Gaul rata.
  4. Masukkan air panas dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat dan menyaluti ayam.
  5. Tutup api. Enak dimakan bersama nasi panas-panas.

Loading...

Tags: #Ayam #INTANKU #Sayang

author
Author: 
    Biskut Raya Popular 2019: Resipi Snow Almond Mudah & Sedap.
    Anda dah mula tercari-cari resipi biskut raya utk thn ini? Maklumlah, Ramadan bakal
    Resipi Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Perlu Risau Lagi Bau Yg Tak Best
    Kadangkala, puding karamel nampak sedap tapi apabila dimakan kurang menyelerakan sebab ada bau
    Resipi Colek Paling Ringkas Dan Terlajak Sedap
    Petang-petang duk kumpul adik beradik sambil2 nyicahh sambil2 membawang..resepi colek paling ringkas tapi
    Resipi Puding Tiramisu Mudah Buat
    Adus sedap dpt nikmati puding , puas terasa di tekak tambah pula mkn

    Leave a reply "AYAM INTANKU SAYANG"