Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dgn Rebung

Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dgn Rebung


Saya sangat sangat teringin utk mkn ayam hutan. Sebetulnya saya pernah membela sepasang ayam hutan yg diberikan oleh abang saya dr Kelantan. Tetapi saya tak dapat mencari orang yg blh membuat reban ayam sehinggakan ayam berada di dlm sangkar yg kecil. Akhirnya Hubby memberikan ayam hutan jantan pd orang selepas ayam hutan betina mati. Saya sangat sedih ketika itu tetapi redha demi kebaikan ayam jantan tersebut. 

Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dgn Rebung

Ada juga beberapa kali, mkn ayam hutan yg dimasak oleh kakak ipar. Alhamdulillah kerana ada sahabat Instagram yg meminta saya menghubungi adiknya yg menpunyai ayam hutan di rumah mereka. 

Saya terus mengajak Hubby ke sana. Memang sangat kecil saiznya, agak agak besar sedikit sahaja dr burung atau bersaiz spring chicken kalau di luar negara. Tapi saya bersyukur kerana ada insan yg sudi menrealisasi keinginan saya utk mkn ayam hutan. Alhamdulillah…

Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dgn Rebung

Saya memasak ayam hutan masak lemak cili api yg digandingkan dgn rebung. Masak lemak cili api Nogori yg hanya menggunakan cili api dan kunyit hidup sahaja sbg bahan utama. Huhuhu sangat sedap dgn kuahnya yg pekat dan berlemak. 

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…



Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dgn Rebung
Ayam Hutan Masak Lemak Cili Dgn Rebung

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam hutan
1 mangkuk rebung – rebus sehingga lembut
1 biji kelapa – santan
2 batang serai – titik
1 keping asam keping
Garam kasar

Bahan kisar:
15 tangkai cili padi – ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup

Cara cara: 
Masukkan bahan kisar yg dikisar halus bersama serai ke dlm kuali. Kacau rata sehingga ianya hampir kering. 

Masukkan ayam dan kacau rata sehingga agak agak ayam kecut. 
Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dgn Rebung

Tuangkan santan dan sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. Kacau sehingga kuah mendidih. 


Masukkan rebung, asam keping dan garam. Kacau sehingga rebung masak. 

Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dgn Rebung

Masukkan santan pekat dan kacau lagi sehingga mendidih dan tiada lagi buih kecil. Sesuaikan rasa dan blhlah ditutup api. 

Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dgn Rebung

Nota:
Jika ayam hutan tua, rebus dulu ayam hutan sehingga empuk dan bila air hampir kering, baru dimasukkan bahan kisar. 

Jika tak suka rebung, blh gantikan dgn kulat sisir atau apa apa yg disukai.
Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dgn Rebung


Loading...

Tags: #Ayam #Cili #Hutan #Lemak #Masak #Rebung

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ayam Hutan Masak Lemak Cili Api Dgn Rebung"