Ayam Hutan Goreng Berlada dan Perancangan Persaraan

Loading...

Ayam Hutan Masak Berlada

Sejak kebelakangan ini, saya mula secara serious merancang apa yg ingin saya lakukan selepas bersara. Yg pasti, saya hanya ingin melakukan sesuatu yg berfaedah utk diri sendiri sbg bekalan hari akhirat. 

Yang ini paling utama, saya tidak mahu leka lagi dgn urusan duniawi sehingga tidak dapat memperuntukkan masa utk diri sendiri. Di samping itu, saya juga ingin membuat business sampingan di samping terus menulis di blog.

Insya Allah saya merancang utk menghasilkan buku masakan sendiri. Memang ramai follower blog Azie Kitchen yg menulis dan mencadangkan supaya saya membukukan resepi resepi yg terdapat di blog bagi memudahkan mereka membuat rujukan. Sebetulnya saya mendapat tawaran dr banyak syarikat utk menerbitkan buku masakan saya tetapi dek kesibukan dgn urusan kerja menyebabkan saya tidak dapat memenuhi tawaran tersebut. 

Di samping itu, saya juga merancang utk mengeluarkan produk berasaskan mknan di bawah jenama Azie Kitchen. Insya Allah saya sedang menimbangkan beberapa pilihan produk utk dipasarkan. Produk biasa yg bukan biasa biasa. 

Haa kalau nak tahu, kena tunggu. Saya harap follower saya akan terus memberi sokongan kepada saya seperti mana sokongan yg diberikan sekarang. Itu lah antara beberapa perancangan saya utk mengisi hari hari persaraan. Sekarang kita masuk bab masakan pula. 
Ayam Hutan Masak Berlada

Ayam hutan ini dibeli dr seorang kawan Instagram. Sekali dihantar 4-5 ekor kalau tak silap lah. Jadi memang puas mkn ayam hutan. Selain dimasak kari, dibuat sup, saya juga menyediakan goreng berlado. Ayam hutan kalau yg dah agak tua, isinya agak keras, jadi kenalah terlebih dahulu rebus sehingga agak lembut baru digoreng.  

Anak anak saya tidak berapa gemar ayam yg isinya sedikit keras dan tak banyak isi. Jadi saya lah mkn meratah ratah. Pd saya, sangat lah sedap. Puas hati dapat mkn banyak kerana orang lain semua tak suka. 

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. 

Ayam Hutan Masak Berlada

Ayam Hutan Masak Berlada
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam hutan
Garam
Gula
Asam keping

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
7 tangkai cili merah & cili hijau

Cara cara:
Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit dan direbus seketika supaya lembut. Kemudian panaskan minyak di dlm kuali dan goreng ayam tadi sehingga keperangan. Angkat dan tos.

Ayam Hutan Masak Berlada

Ayam Hutan Masak Berlada

Ayam Hutan Masak Berlada

Dengan menggunakan minyak yg sama (dikeluarkan minyak yg berlebihan), tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. Masukkan asam keping, garam dan gula.
Ayam Hutan Masak Berlada

Ayam Hutan Masak Berlada

Masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan kacau rata. Sedia utk ditutup api dan dihidangkan.
Ayam Hutan Masak Berlada

Loading...

Tags: #Ayam #Berlada #GORENG #Hutan #Perancangan #Persaraan

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ayam Hutan Goreng Berlada dan Perancangan Persaraan"