AYAM GORENG HAT-YAI @ GAI TOD HAT-YAI

Loading...

Assalamualaikum, 

Apa khabar pembaca setia blog fizalgk dan rakan-rakan sekalian. Wah ini entri pertama bulan Februari 2018. Dah tidak berminat utk berblogging ke fizalgk ni? Hihihi..ada tau follower yg bertanya begitu kat saya. Eh siapa kata saya tidak berminat? Masih lagi  bersemangat membara walaupun pentas berblogging ini kurang bahangnya seperti Instagram, facebook dan media sosial yg lain, menulis di blog tetap mendatangkan kepuasan tersendiri. Cuma…itulah kadang-kadang kekangan masa agak terbatas. 
Untuk hari ini saya ingin kongsikan resipi ayam goreng Hat-Yai ataupun kalau di terjemahkan kedalam bahasa Thailand di panggil Gai Tod Hat-Yai. Ayam goreng ini di gandingkan dgn pulut dan bawang goreng dan rasanya yg berempah serta rangup benar-benar menggoda selera. Jom kita try resipi yg saya sediakan dibawah ini dan jangan lupa utk mencuba tau.
pulutBayam - AYAM GORENG HAT-YAI @ GAI TOD HAT-YAI
AYAM GORENG HAT-YAI @ GAI TOD HAT-YAI
Bahan Tumbuk – A
1 kilogram ayam 
8 ulas bawang putih 
4 tangkai akar beserta batang pokok ketumbar  
1 sudu teh lada hitam 
2 sudu teh serbuk ketumbar 
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk cili Baba’s 


Bahan B
2 sudu teh gula 
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda 
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair 

Cara membuatnya : 

1. Tumbuk lada hitam, akar ketumbar serta bawang putih sehingga hancur dan masukkan rempah-rempah lain seperti serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk cili baba’s. Tumbuk lagi sehingga benar-benar halus.

2. Pindahkan bahan yg ditumbuk tadi kedalam mangkuk besar dan masukkan kesemua bahan-bahan B iaitu gula, garam, baking soda, sos tiram dan kicap cair. Kacau sehingga sebati dan masukkan ayam kedalam bahan tersebut sambil digaul rata.

3. Tutup mangkuk tersebut dgn plastik cling dan perap iaitu simpan semalaman didalam peti sejuk utk digoreng keesokkan harinya.

BAHAN UNTUK MENGGORENG 
2 cawan minyak masak 
½ cawan bawang merah yg telah siap dimayang 

½ cawan tepung serbaguna@gandum
½ cawan air (larutkan dgn secubit kapur mkn)
beberapa titis pewarna mknan merah – jika suka 

1. Gaul bawang merah yg dimayang dgn sedikit garam dan biarkan selama satu jam diatas tisu dapur. Tujuannya agar tiada sisa-sisa air pd bawang tersebut.

2.   Keluarkan ayam yg diperap dr peti sejuk dan masukkan ½ cawan tepung serbaguna@gandum dan ½ cawan air (yang telah larutkan dgn secubit kapur mkn). Gaul sehingga semua bercampur dan biarkan selama 30minit.

3. Panaskan minyak (api sederhana) dan goreng bawang merah yg telah dimayang tadi. Setelah kekuningan angkat dan toskan.

4. Besarkan sedikit api dapur dan goreng pula ayam yg telah diperap sehingga masak dan kuning keemasan. Angkat ayam goreng tadi dan toskan didalam penapis yg telah dilapik tisu dapur. Hidangkan dgn pulut dan sos cili Thai. 
Loading...

Tags: #Ayam #GORENG #HATYAI

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "AYAM GORENG HAT-YAI @ GAI TOD HAT-YAI"