Ayam Goreng Bawang Putih Dan Halia

Loading...

Ayam Goreng Bawang Putih Dan Halia

Tiba tiba sahaja saya terkenangkan kisah suka duka saya sepanjang perkhidmatan. Sepanjang saya berkhidmat, saya mengalami banyak pengalaman pahit manis. Maklumlah kita bekerja dgn manusia. Jika boss adalah seorang yg serasi dgn kita, pastinya urusan kerja menjadi lebih mudah. Tapi jika boss perangai macam hantu yg sentiasa mencari salah, sentiasa mengugut, hidup kita pun akan sekali merana. 

Sepanjang perkhidmatan, saya sebenarnya telah tiga kali “missed” kenaikan gred yg memberi impak kewangan jangka panjang yg besar. Yg paling teruk juga bila saya pernah diberikan prestasi yg rendah sehingga thn berkenaan saya langsung tidak mendapat bonus thnan.   

Walaupun ketika kesulitan dan ujian ini berlaku, ianya terasa sangat menyakitkan namun selepas itu, saya kembali menjalani hidup seperti biasa. Tidak ada kelaparan atau apa apa kesan pun. 

Saya berpegang kepada setiap apa yg berlaku akan ada pertanggungjawabannya. Dlm erti kata lain, siapa yg terlibat perlu menjawabnya di hadapan Allah jika ianya melibatkan penganiayaan dan kezaliman. Namun saya tidak mahu menunggu mereka, jadi saya maafkan mereka dan menyerahkan mereka pd Allah sahaja. Dgn ini, hidup saya akan menjadi tenang.

Saya juga sentiasa memohon dgn Allah agar saya diampuni kerana saya sendiri sepanjang berkhidmat mungkin juga telah menyakiti hati orang lain tanpa saya sedari. Maklumlah 18 thn di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia yg berhadapan secara langsung dgn staf.  OK kita tidak tinggalkan dahulu bab dan kisah sedih saya sepanjang berkhidmat. Sekarang masuk bab ayam goreng pula.

Saya dapat idea menyediakan ayam goreng simple tapi sedap ini selepas membaca komen di IG seorang sahabat. Kebetulan pula saya diberikan satu pes bawang putih Fresh Magic Garlic oleh Deliziose yg memang sangat sesuai utk dibuat perap kerana teksturnya yg sangat halus. 

Sangat mudah kerana ia dipack dlm plastik yg cuma perlu dipicit sebanyak mana yg kita perlukan. Picit ke atas ayam dan digaul rata. Ketepikan supaya ayam mesra dan meresap. Ayam tu, blh dicucuk cucuk dgn pisau terutama jika bahagian yg menpunyai isi yg tebal.  

Ayam Goreng Bawang Putih Dan Halia

Sangat sedap dan saya suka rasa ayam yg simple macam ini. Saya memang bukan penggemar masakan berempah pun. Lagi pulak, saya suka rasa bawang putih.

Jom layan resepi di bawah ini utk memudahkan rujukan anak anak atau adik adik yg baru berjinak jinak dgn dapur. Juga jangan lupa ada video yg saya buat secara suka suka juga di Azie Kitchen youtube channel di SINI.  
Ayam Goreng Bawang Putih Dan Halia

Ayam Goreng Bawang Putih Dan Halia
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 keping paha ayam
Tepung gandum

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
1-2 inci halia
Garam

Cara cara:

Ayam dicucuk cucuk bahagian dagingnya dgn pisau yg tajam. Lumur bahan tumbuk pd ayam dan biarkan. Lagi lama lagi mesra dan sedap. 
Ayam Goreng Bawang Putih Dan Halia

Sebelum digoreng, tabur tepung gandum rata rata dan ketukkan utk buang lebihan tepung. 
Ayam Goreng Bawang Putih Dan Halia

Goreng sehingga masak dgn api sederhana sehingga masak dan berwarna keemasan. 

Ayam Goreng Bawang Putih Dan Halia

Nota:
Jika suka, blh juga ditaburkan sedikit serbuk cili kering. Atau serbuk kari. 


Loading...

Tags: #Ayam #BAWANG #GORENG #Halia #PUTIH

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Ayam Goreng Bawang Putih Dan Halia"