KUALA LUMPUR 18 Mac – Jabatan Pendidikan Sabah mendapati aduan berhubung pengasingan pelajar Tingkatan Satu mengikut agama di sebuah sekolah di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini berasas.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, jabatan berkenaan telah menjalankan siasatan dan mengambil beberapa tindakan termasuki memberi amaran kepada pengetua sekolah tersebut.
“Penyusunan semula jadual waktu bg mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral telah dilaksanakan serentak bg semua kelas Tingkatan Satu,” katanya dlm kenyataan di sini hari ini.
Tegas Amin, semua pengetua dan guru besar diingatkan supaya lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat dlm melaksanakan pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
“Jabatan Pendidikan Sabah akan membuat pemantauan berterusan ke atas semua sekolah bg memastikan kejadian ini tidak berulang,” katanya.
Petisyen itu bg mendesak Kementerian Pendidikan mengambil tindakan membetulkan semula keadaan kerana perbuatan pengetua itu seolah-olah menafikan integrasi antara pelajar berlainan agama. – UTUSAN ONLINE.
Tags: #Amaran #Asing #Diberi #Pelajar #Pengetua #Sekolah