Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais

Loading...

Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais

Sebelum saya masuk bab resepi, saya ingin update berkenaan kesihatan saya. Alhamdulillah ramai sahabat sahabat alam maya yg sangat prihatin. Saya sangat terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih. Sehingga kini, kaki saya belum pulih sepenuhnya. Masih bengkak bila ianya tidak diangkat tinggi. 

Di kebanyakan masa, saya akan berehat di katil dgn berlunjur dan kaki di letak tinggi di atas bantal. Seperti saat saya menulis entri ini juga. Bila bengkak, kaki saya akan berdenyut. Saya blh berdiri tetapi belum blh berjalan jalan tanpa menggunakan tongkat. Kata Doktor pakar yg merawat saya, “bengkak akan hilang bila tisu parut telah matang”. 

Saya percaya setiap yg berlaku menpunyai hikmah yg hanya Allah sahaja Mengetahuinya. Jadi saya redha atas apa sahaja dan saya tidak mahu kuatir akan apa apa kerana yakin tiada yg berlaku tanpa izin Allah.

Masakan hari ini iaitu Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais adalah lauk yg dimasak beberapa minggu yg lalu. Bukan hari ini. Memang list draft resepi cukup panjang menunggu giliran utk di publish. Cuma saya mengikut keadaan dan mood. Bila mood menulis tak ada, memang saya tak dapat menulis. Langsung kering idea. Tak dapat menulis hatta sebaris ayat.

Resepi ini saya belajar dr kakak saya Cik gu Asiah yg memang dr dulu pandai memasak dan rajin memasak walaupun bersekolah di asrama penuh. Saya selalu adore kakak saya kerana beliau bukan sahaja cantik dan putih melepak, aktif bersukan, pandai dlm pelajaran tapi juga pandai memasak. 

Saya lebih rapat dgn beliau berbanding kakak sulung kerana kakak sulung berkahwin di usia muda dan tinggal di kampung abang ipar yg agak jauh dr rumah kami. Kakak sulung saya juga lebih garang. Masih ingat lagi, paha saya akan dicubit jika dilihat saya bersembang sembang dgn kawan kawan ketika kami sama sama mengaji Al Quran di rumah Wak Hamat.


Resepi kakak saya ini kalau dilihat seperti masak tempoyak versi Perak di SINI tapi cara penyediaannya sedikit berbeza. Blh click di SINI untuk melihat entri asam rebus tempoyak lepas yg dimasak oleh kakak saya.
Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais

Kalau kakak saya menggunakan ikan patin liar, saya menggunakan ikan Lais yg sedap dan dikatakan hanya terdapat di sungai belah Pahang sahaja. Tempat lain tak ada. Ikannya berwarna putih. Saya dipesan oleh Ashraf yg menghantar ikan ini supaya jangan digoreng kerana blh menghilangkan rasa isi ikannya yg manis. Sebaliknya masak gulai atau yg berkuah sahaja. 

Saya sebetulnya ingin memasak cara orang asli iaitu menggunakan daun kesang tapi Ashraf lupa utk menghantarnya sekali. Inilah kali pertama saya melihat ikan Lais. Kalau kali pertama melihatnya, pasti juga kali pertama menikmatinya. 
Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais


Serious memang sedap ikan ini. Bila dimasak lama, ianya mengeluarkan sedikit lemak menjadikan kuah asam rebus tempoyak kelihatan sedikit berminyak. Haaa itulah yg menjadikan kuahnya lebih enak. Alhamdulillah kerana dapat juga menikmati rasa ikan sungai liar segar dr Sungai Pahang. 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…


Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais
Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 sudu besar tempoyak 
2-4 keping asam keping – ikut masam yg disukai
1 sudu besar garam kasar
1 sudu kecil gula 
Sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan

Bahan kisar:
5 tangkai cili padi – ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup


Cara cara:
Ikan dibersihkan dan dilumur dgn sedikit tepung gandum. Biarkan seketika sebelum dibilas.
Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais

Kisar kunyit hidup dan cili padi sehingga halus. Masak bahan kisar dgn air secukupnya serta tempoyak sehingga mendidih.

Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais

Masukkan ikan, garam, gula, bunga kantan dan daun kesum. Biarkan ianya merenih atas api perlahan sehingga bahan kisar betul betul masak dan ikan mengeluarkan lemaknya. 
Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais

Sesuaikan rasa dan blh ditutup api. Biarkan dlm 30 minit utk ianya benar benar mesra, sebelum dihidangkan. 

Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais


Loading...

Tags: #ASAM #IKAN #Lais #Rebus #TEMPOYAK

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Asam Rebus Tempoyak Ikan Lais"