Asam Pedas Johor Ikan Kerisi

Asam Pedas Johor Ikan Kerisi

Kecut perut membaca komen mak cik makcik, adik kakak di Instagram Dato Seri Aliffsyukri dan keluarga serta IG anak angkat beliau Qayyum Aliffshah. Saya tidak mahu komen apa apa berkenaan kes mereka walaupun saya juga terdetik dan menpunyai pendapat sendiri. 

Membacanya aduhai, rasa tak percaya dgn bahasa yg digunakan masing masing. Sindir menyindir, maki hamun. Adoi saya yg membacanya juga terasa malu sendiri. Mungkin sebab saya tidak pernah memaki hamun atau menggunakan bahasa kesat pd orang lain. 

Seorang wanita, seorang ibu, seorang isteri, seorang anak gadis. Bagaimanakah kita harus membawa diri. Lemah lembut dan sopan santun walaupun saya juga tidaklah terlalu berlemah lembut. Suami dan anak anak saya yg kenal siapa diri saya yg sangat garang dan tegas dgn anak anak dan suami. Orang luar mungkin tidak akan kenal saya yg sebenar. Hahaha. 

Apa yg saya ingin nasihatkan adalah jangan lah menulis begitu seolah tiada dosa atau tidak takut dgn dosa. Lagi pulak Qayyum bukanlah darah daging kita. Jadi janganlah kerana simpati dgn Qayyum sanggup menempah dosa. Tidak salah bersimpati tetapi tidak perlulah seolah kita tiada anak anak utk disayangi dan dirindui. 

Saya juga concern dgn dia. Bukan setakat hari ini tetapi masa depan dia kelak. Mudah mudahan dipermudahkan. Jangan lah pulak selepas ini, saya dikecam kerana saya tidak mahu menyebelahi mana mana pihak. 

Saya menulis secara ikhlas. Tersenyum saya membaca perihal mak cik adik kakak yg merindui Qayyum. Baik lah masing maisng jaga keluarga masing masing. Jaga anak dan suami. Saya yg merindui cucu pun tidaklah sebegitu parah. Kalau ada banyak masa, cubalah membaca buku buku agama atau mengaji. Tolooong jangan ada yg sentap pulak. 

Asam Pedas Johor Ikan Kerisi

Hari ini saya nak kongsikan resepi Asam Pedas Johor menggunakan ikan kerisi. Blh click entri sebelum ini dSINI Asam Pedas Johor gitu. Kebetulan Qayyum sekarang pun sedang bercuti di Johor dgn ditaja dgn shopping sekali. Alhamdulillah. Rezeki jika milik kita, pasti akan jadi milik kita. Hahaha masih sambung sikit lagi.

Kebelakangan ini, saya cuba menyediakan hidangan yg kurang berlemak dan ala ala menu yg lebih sihat. Kalau nak yg betul betul sihat, guna resepi yg hanya direbus, dicelur atau sup sup. Teringin nak mkn ikan kerisi, saya meminta Hubby ke pasar Taman Tun Dr Ismail kerana di sana ikannya lebih segar. Utk menghasilkan asam pedas yg sedap, ikan wajib menggunakan ikan segar. 

Jom layan resepi di bawah ini…

Asam Pedas Johor Ikan Kerisi

Asam Pedas Johor Ikan Kerisi
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 ekor ikan kerisi
1 biji terung
5 sudu besar cili kering kisar 
1/2 cawan air asam jawa pekat 
1 ikat daun kesum – ganti dgn serai
1 kuntum bunga kantan
1 biji buah tomato – belah 6 
600 ml air  atau secukupnya 
1 sudu besar garam kasar
1/2 sudu besar gula

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia 
1 inci kunyit hidup – atau serbuk kunyit
Sedikit belacan – opsyenal


Cara cara:
Panaskan minyak yg banyak dan tumis bahan kisar, cili kisar dan serbuk kunyit, jika tidak guna kunyit hidup. Tumis dgn api perlahan sehingga cili benar benar garing dan terbit minyak. 
Asam Pedas Johor Ikan Kerisi

Apabila bahan tumis tadi pecah minyak, masukkan air asam jawa dan masukkan bunga kantan dan daun kesum/serai. Kacau kacau lagi sehingga harum dan naik bau daun kesum dan bunga kantan. 

Bila dah naik bau, masukkan garam dan gula atau serbuk perasa. 

Masukkan air separas ikan sahaja. Jika tak cukup, blh ditambah kemudian sedikit demi sedikit supaya kuah asam pedas tidak menjadi cair. 

Masak sehingga kuah mendidih, baru dimasukkan ikan supaya ikan tidak hancur. 
Masukkan juga terung atau kacang bendi dan buah tomato, mengikut yg disukai. 
Asam Pedas Johor Ikan Kerisi


Loading...

Tags: #ASAM #IKAN #Johor #Kerisi #PEDAS

author
Author: 
    Mee Goreng Basah
    Sebelum masuk bab mee basah, saya nak bercerita aktiviti kesukaan saya kebelakangan ini. Setelah
    Telur Masak Kicap
    Telur Masak KicapBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan6 biji telur grade D atau
    Daging Kicap Bawang Goreng
    Daging Kicap Bawang GorengBy Kak Wan @ ResipicitarasawanSumber :  Pn Surianti @ Jendela
    Buat Sendiri Puding Mangga, Anak-Anak Pun Suka
    Sesekali jom buat puding mangga utk dihidang pd keluarga. Elok juga buat puding

    Leave a reply "Asam Pedas Johor Ikan Kerisi"