ASAM PEDAS IKAN TERUBUK UNTUK SANG SUAMI…

Loading...

011 1 - ASAM PEDAS IKAN TERUBUK UNTUK SANG SUAMI...

Assalamualaikum…
Salam sejahtera buat semua teman yg Uj hormati.
Apa kabar semua.Uj doakan agar kesemua teman-teman Uj sentiasa berada didalam keadaan sihat-sihat yer.

009 - ASAM PEDAS IKAN TERUBUK UNTUK SANG SUAMI...

Ok..hari ni Uj nak kongsikan menu tengahri Uj utk arini ni iaitu asam pedas ikan terubuk.salah satu menu peberet cik suami Uj.Sebut jer ikan terubuk pasti ada yg fobiakan dgn ikan yg banyak tulang ni.Tapi bagi peminat tegar ikan terubuk..tak kisahkan janji sodap…Pasti sukakan rasa lemak-lemak ikan terubuk ni..apa lagi kalau dibuat asam pedas fuhhh..berpeluh-peluh duk ratah nak leraikan daging dr tulangkan…Selalunyalah ikan terubuk ni Uj masak asam pedas atau dipanggang jer.Bagi Uj sangat sesuwaiiilah akan rasanya. Versi Uj kalau masak asam pedas ni,Uj suka blend sedikit daun kesom serta setangkai bunga kantannya sekali dgn  bahan kisar.Sebabnya Uj sukakan akan kuahnya yg beraroma daun kesom dan bunga kantan bila dihirup.Oklah takmo celoteh panjang-panjang…. jom la ke resepi…

013 - ASAM PEDAS IKAN TERUBUK UNTUK SANG SUAMI...

Bahannnya…

1 ekor ikan terubuk dibersihkan

Bahan kisar halus:

1 biji bawabg besar*
4 ulas bwg putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
 sedikit belacan*
segenggam cili kering*
beberapa tangkai daun kesom ambil daunnya*
1 kuntum bunga kantan*
sedikit kunyit hidup*

Bahan tambahan:

2 batang terung ungu panjang dibelah 2 dan dipotong 4
2 btg serai diketuk
sedikit air perahan asam jawa ( uj guna pes adabi)
beberapa tangkai daun kesom
1 kuntum bunga kantan dibelah 2
sedikit  garam serta perasa (optional)
sedikit halba dan biji sawi
1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
2 mangkuk air ( ikut citasara..jika nak pekat kurangkan .Jika suka kuah yg cair lebihkan)
sedikit myk utk menumis

 Cara:

1.    Bersihkan ikan terubuk yg telah dipotong dan gaulkan dgn sedikit air perahan limau kasturi.
       Biarkan sebentar dan kemudian dibasuh dan ditoskan
2.    Add myk dlm periuk.Bila myk dah panas addkan biji sawi ,serai ketuk serta halba
3.    Addkan bahan kisar dan masak sehingga pecah minyak.Bila dah pecah minyak addkn air
       perahan asam jawa.Kacau rata.
4.    Addkan ikan gaul rata dan biarkan ikan masak bersama bahan tumis.Tutup periuk.
5.    Bila ikan dah mesra bersama bahan tumis addkan air dan kacau ikan perlahan-lahan.
6.    Biarkan kuah mereneh seketika.Bila kuah dah mereneh addkan garam, lada hitam tumbuk serta
       perasa.kacau perlahan. Addkan terung yg telah dipotong-potong.Kacau rata.Bairkan kuah
       merenek seketika.
7.    Akhir sekali addkan bunga kantan serta daun kesom.Kacau rata dan angkat.

Okey..makan bersama nasi panas telur dadar …..Alhamdulillah rezeki utk arini…

006 - ASAM PEDAS IKAN TERUBUK UNTUK SANG SUAMI...

              Okeyy Enjoy….

BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 - ASAM PEDAS IKAN TERUBUK UNTUK SANG SUAMI...
Loading...

Tags: #ASAM #IKAN #PEDAS #SANG #suami #TERUBUK #untuk

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "ASAM PEDAS IKAN TERUBUK UNTUK SANG SUAMI…"