Asam Pedas Ikan Kerapu

Loading...

IMG 8719 1 - Asam Pedas Ikan Kerapu
Memasak asam pedas yg sedap memang kena sabar. Sabar utk menunggu bahan yg ditumis masak garing berkali kali. Barulah sedap. Tapi saya pun tak berapa nak sabar sebab balik dr pejabat terus ke dapur. Nasib baik dah solat asar siap siap di pejabat. Lepas memasak bekejar naik utk mandi dan bersiap siap utk berbuka puasa dan ke surau. Bulan Ramadhan ni masa sangat terisi sehingga masa utk benda benda lain hampir tak ada. 

Lauk asam pedas adalah antara lauk kegemaran saya. Ianya memang sesuai dimasak sbg hidangan berbuka puasa juga. Satu lagi yg saya suka, kerana lauk ini blh dimasak lebih awal dan disimpan di dlm peti ais. 

Wanita bekerja macam saya ni, memang tidak ada pilihan. Tak blh nak memasak setiap hari. Bila ada kesempatan, inilah yg saya buat. Memasak banyak banyak dan simpan. Blh tengok entri lepas asam pedas dgn click di SINI, SINI dan SINI. Haa betapa saya sangat suka mkn lauk asam pedas.
IMG 8724 - Asam Pedas Ikan Kerapu

Sebelum kita tengok resepi, saya ingin selitkan di sini bahawa pd setiap malam dlm bulan Ramadhan, Allah akan membebaskan hambaNya dr api neraka. Diriwayatkan Bazzar (Kasyf, no. 962), dr hadits Abu Said, dia berkata, Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala memberikan kebebasan dr siksa neraka pd setiap malam –yakni di bulan Ramadan- dan sesungguhnya setiap muslim pd waktu siang dan malam memiliki doa yg terkabul ( mustajabah)”.

Jadi sama sama lah kita berdoa, Ya Allah masukkan nama aku dan seluruh ahli keluarga ku dlm senarai nama mereka yg dibebaskan dr api neraka. Aameen.  

Juga perbanyakkan doa yg diajar baginda Nabi Muhammad SAW kepada Saiditina A’ishah iaitu Allahuma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa fa`fu ‘anna yg bermaksud Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yg menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku. Semoga sedikit perkongsian ilmu ini dapat memberi manafaat pd kita semua. Mudah mudahan. Aameen. 

Jom layan resepi saya hari ini di sini. Bahan yg sama sahaja cuma sukatan sedikit berbeza kerana ikan kerapu bersaiz sederhana sahaja. Ikan kerapu yg diberi oleh Nid sebelum kami bercuti ke Europe lagi. Bunga kantan pula dipetik dr pokok di belakang rumah kami. Selamat mencuba…

IMG 8721 - Asam Pedas Ikan Kerapu


Asam Pedas Ikan Kerapu 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan kerapu

2 batang serai – ketuk
1 sudu besar asam jawa – bancuh dgn 1 mangkuk air
1 kuntum bunga kantan – belah 2
Sedikit daun kesum
4 sudu besar cili kisar  
1/2 sudu besar garam
250-300 liter air 
Minyak 

Bahan kisar
1 biji bawang besar – saiz besar
3 ulas bawang putih
3 hirisan lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

Sayuran:
6-7 batang kacang bendi
1 biji buah tomato – belah 4

Cara cara:
Panaskan minyak yg agak banyak sesuai dgn jumlah bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga garing dan terbit minyak. 

IMG 8709 - Asam Pedas Ikan Kerapu

Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak garing dan terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masak sehingga terbit minyak sekali lagi bagi memastikan cili benar benar masak.
IMG 8710 - Asam Pedas Ikan Kerapu

Masukkan air asam jawa dan masak sehingga pecah minyak lagi sekali. Kemudian, masukkan air mengikut kepekatan yg disukai dan biarkan mendidih. 

Setelah mendidih, baru dimasukkan ikan dan bunga kantan yg dibelah dua. 
IMG 8711 - Asam Pedas Ikan Kerapu

Kemudian masukkan sayuran seperti daun kesum, bendi, tomato atau apa sahaja yg disukai. 
IMG 8714 - Asam Pedas Ikan Kerapu

Perlahankan api dan biar ianya merenih lama lama sehingga sayur lembut. Akhir sekali, baru dimasukkan garam. Sesuaikan rasa dan blhlah diangkat. 
IMG 8727 - Asam Pedas Ikan Kerapu

Nota:
Masukkan air sedikit dahulu dan ditambah sehingga dapat kepekatan kuah yg disukai. Selepas ditutup api, kuah akan menjadi lebih pekat. 

Loading...

Tags: #ASAM #IKAN #Kerapu #PEDAS

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.