Asam Laksa Nyonya Resepiraidah

Loading...

laksa nyonya 1 - Asam Laksa Nyonya Resepiraidah Pertama kali mkn laksa nyonya ni dekat rumah kawan(Kak Milah) di Dubai. Tak pernah mkn sebelum ini, rasa sedap pulak. Saya pun mencari resepinya dlm internet dan cuba membuatnya pula. Resepi saya ini telah ditambah sedikit bahan2nya dr resepi asal..

Bahan-bahan:

1 bungkus laksa ~ rendam sampai lembut, rebus dan toskan
2 tin besar sardin ~ Hancur2kan dgn garfu (saya ambil ikannya sahaja, kuah buang)
3 ulas bawang putih**
1 biji bawang besar**
1 inci halia**
Sedikit belacan (dlm 1inci)**
** ditumbuk/kisar halus
3 sudu besar cili kisar (boleh tambah atau kurangkan)
1 kuntum bunga kantan ~ dibelah 4
3 ke 4 tangkai daun kesum
Asam jawa secukupnya
Garam dan gula
Minyak
Air.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak/terbit minyak.
2. Masukkan bunga kantan serta daun kesum dan gorengkan lagi utk beberapa minit.
3. Masukkan sardin dan air. Masakkan sehingga mendidih.
4. Apabila mendidih, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
5. Bila rasanya sudah menepati citarasa, blhlah diangkat dan hidangkan bersama dgn ulam2an seperti daun pudina(bahan ulam yg penting utk menyedapkan laksa), hirisan timun, salad, cili api, bawang, limau dan telur dadar.

laksa nyonya2 - Asam Laksa Nyonya ResepiraidahYang ini percubaan kali pertama buat laksa nyonya.
Loading...

Tags: #ASAM #Laksa #Nyonya #ResepiRaidah

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Asam Laksa Nyonya Resepiraidah"