Asal Usul Perkataan ‘BOSSKU’.

AsalBUsulBPerkataanBBOSSKU - Asal Usul Perkataan ‘BOSSKU’.

Poster gambar Najib menunggang motor dgn ayat ‘Malu Apa Bossku’.


‘Malu Apa Bossku’ itu tiga perkataan yg ditulis pd sebuah poster dgn gambar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosikal yg kini menjadi tular di media sosial.

Bossku atau bosku merupakan bahasa slanga yg kini digunakan oleh kalangan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan, slanga adalah kata-kata (ungkapan dan sbgnya) yg tidak tergolong dlm percakapan tidak rasmi.

Bagi individu yg sentiasa mengikuti trend terkini di lama sosial, sudah pasti melihat fenomena penggunaan bahasa slanga ini dgn lebih jelas lagi.

Semakan di Twitter mendapati perkataan slanga ‘bossku’ didakwa berasal dr Sabah.

“Perkataan ini asal dr Sabah dan Sabahan guna perkataan bossku terutama bila berjual beli. Orang Semenanjung yg tak tau function ‘bossku’ ni acah-acah nak pakai dlm daily conversation,” tulis @ASyrfe.

Seorang pengguna Twitter @InjangNation juga mendakwa perkataan ‘bossku’ mula digunakan oleh masyarakat Sabah terutama di daerah Tawau.

“Perkataan ‘bos’ orang Sabah selalu guna utk merujuk seorang yg kita tak tahu/kenal nama orang tu. Contoh ayat ‘Bos, blh tanya ke?’. Dia sama mcm ‘bro’ juga la. Di sabah semua orang ‘bos’, tak kesah la kau bos betul ke, kuli ke, bangla ke, panggilan ‘bos’ memang biasa,” kata @InjangNation.

Sebuah laman sesawang Yoodo Community turut medakwa perkataan ‘bossku’ merupakan bahasa slanga yg berasal dr negeri Di Bawah Bayu itu.

“Bossku sana bossku sini? Tahukah korang perkataan bossku ini dr Sabah, ianya bermaksud ‘kawanku’. Ianya digunakan kepada teman supaya nampak lebih akrab? Malahan dgn orang tidak dikenali, barulah nampak mesra gitu dan mcm biasalah menjadi tular di Semenanjung Malaysia,” tulis laman sesawang tersebut.

Sementara sebutan ‘malu apa bossku” mula menjadi sebutan yg popular selepas video pendek yg tular di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib. Pemuda tersebut kedengaran menyebut ‘bosku’ dan disambut oleh Najib dgn menyebut, ‘Malu apa bosku’.

Foto grafik Najib menaiki motosikal Yamaha Y15ZR bersama perkataan ‘malu apa bossku’ juga telah tersebar dgn pantas di saluran media sosial. – UTUSAN ONLINE


Loading...

Tags: #‘BOSSKU’. #asal #Perkataan #Usul

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Asal Usul Perkataan ‘BOSSKU’."