Asal-Usul Kejadian dan Penciptaan Nabi Adam A.S

PADA suatu ketika, Allah menitahkan malaikat Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam.
Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil utk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.

Lalu Jibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Kemudian, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dgn tangan penuh hampa.

Lalu yg terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yg aku tugaskan mengambil tanah.

Meskipun bumi menyumpah dgn ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku.”
Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yg Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku-tugaskan engkau mencabut roh manusia.”
Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku Yg mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit.”

Tanah bagaimana dijadikan Adam?


1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dr tanah Baitul Muqadis, kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2. Telinganya dr tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dr tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dr tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dr tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dr tanah Al-Kautsar, tempat manis.
7. Tangan kanannya dr tanah Kaabah, utk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dr tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dr tanah Babylon. Di situlah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan utk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dr tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dr tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dr tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan.
13. Lidahnya dr tanah Tha’if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dlm diri Adam dgn pelbagai macam “sifat”.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dgn genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan di dlm “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah yg akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dgn rempah-rempah, wangi-wangian dr sifat nur sifat Allah, dan dirasmi dgn air hujan “Barul Uluhiyah”.
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dlm air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yg sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yg terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail utk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.
Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pd warna kulitnya. Sbg peringatan yg masih tertinggal warnanya hanyalah pd kuku manusia.
Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pd tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.
Tujuh buah liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya di kepala: dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
Yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sbgnya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, utk merasa halus, kasar dan sbgnya.
Selepas roh masuk tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yg mengambil masa 200 thn.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pd Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah utk Adam, dan kini mencabut nyawa manusia.
Selepas meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dgn sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan.
Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yg sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dgn suara merdu dan mengasyikkan. Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka
Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yg pertama kepada Allah.
Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yg ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yg mendengarnya sunat mengucapkan
“Yarkhamukallah”.
Kemudian ketika roh sampai pd dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Pdhal bahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras.
Di sini menunjukkan sifat manusia yg suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sbgmana firman Allah yg bermaksud: “Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.
Maka, ketika roh itu sampai di perutnya, terjadilah susunan isi perut dgn sempurna. Maka seketika itu terasa lapar.
Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dgn sempurna, kian lama kian bagus dan halus.

Apabila kejadian Adam sempurna sbg manusia baru, maka dialah adalah jenis makhluk manusia yg pertama.
Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yg menawan. Adam diarak malaikat selama 100 thn lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama sehinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan

Loading...

Tags: #Adam #AsalUsul #Kejadian #Nabi #Penciptaan

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Asal-Usul Kejadian dan Penciptaan Nabi Adam A.S"